![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
JANGAN BERI MAJORITI BESAR ? |
|
|
15 Mei 2011 (Rabu/Wed) |
Mei |
|
|
|
Seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider, Dr. Asri menggesa supaya rakyat tidak memberi kemenangan dengan majoriti selesa kepada mana-mana parti politik. Ini justeru hal tersebut akan merangsang kerakusan kuasa dan sikap tidak peduli terhadap perasaan rakyat. Alasan beliau merujuk kepada beberapa isu yang berlaku termasuk kenaikan harga barang pada akhir-akhir ini." Kata beliau, “Kenaikan harga barang sekarang sebagai tanda kerajaan mula merasa selesa dengan sokongan rakyat. “Jika mereka terus selesa, barang akan terus naik. Maka dalam negara kita ada beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian,” kata beliau dalam pandangannya kepada The Malaysian Insider semalam di sebalik beberapa isu semasa termasuk dakwaan bahawa ada konspirasi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan perdana menterinya pula mahu dilantik daripada kalangan orang Kristian. “Perayaan atas kemenangan pilihan raya biasa akan dijadikan tiket untuk ‘menjoli’ harta rakyat. Hal ini telah kita saksikan sebelum pilihan raya umum ke-12,” tambah beliau. Oleh itu kata beliau, rakyat hendaklah bijak untuk membuat keadaan yang seimbang dalam keputusan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) disebut-sebut akan diadakan selewat-lewatnya awal tahun depan. Tambah Dr. Asri lagi, “Tujuannya, agar semua pihak sama ada BN atau PR sentiasa prihatin dan menghormati suara rakyat.” Turut mengulas isu laporan yang mendakwa ada pengikut Kristian cuba menjadikan agama itu agama rasmi negara, beliau berkata, rakyat negara ini tidak seharusnya terlibat dalam permusuhan atas sebab-sebab yang bukan kerana faktor realiti. Oleh itu Dr. Asri berpendapat, beliau yakin isu terbaru ini sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk mengalih isu atau perkembangan semasa. Malahan tegas beliau, “Kita jangan biarkan orang luar berpandangan bahawa umat Islam dan bukan Islam di Malaysia bergaduh dan bermusuhan hanya kerana sebab yang belum ada kebenaran, isu yang bukan bersandarkan realiti,” katanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?” Suatu tajuk akhbar yang dibantah hebat oleh semua parti politik, khususnya daripada PR. PR mendakwa, isu itu hanya mainan politik pemerintah. Dan kata Dr. Hassan Hayastani di dalam facebook beliau, "" - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 April. 2011