![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 |
||||||||||||||||||||||||||
| LAMAN UTAMA |
KUCING KOLEJ KUCING KESAYANGAN |
||||||||||||||||||||||||||
|
5 Mei 2011 (Khamis/Thursday) |
Mei |
||||||||||||||||||||||||||
|
|
Tidakkah kucing ini comel? Jinak? Manja? Mungkinkah dia merupakan teman penghibur seseorang? Kucing merupakan binatang peliharaan yang kerap terdapat di rumah dan menjadi peliharaan kesayangan. Suatu waktu dahulu, seperti binatang ternakan lain seumpama ayam, itek dan sebagainya, ia hanya diberi makan hasil daripada sisa-sisa makanan keluarga yang terbuang atau berlebihan. Sekarang kalaulah kucing itu dipelihara, tuannya akan membelanjakan sejumlah wang bagi membeli makanan khas untuk kucing seperti friskies. Di negara kita, perkara ini juga sudah menjadi trend, khususnys bermula sejak dua dekad terakhir kerana pengaruh pemodenan dan komersialisasi. Suatu hal yang benar juga ialah ada anak-anak yang takut dengan kucing, ada yang memang tidak suka, dan ada keluarga yang rasa keberatan untuk menjaga dan mengambil berat. Justeru akhir-akhir ini kita dapati jika ada kucing yang dibuang ke kawasan kita, kita juga cenderung mengambil tindakan yang sama dengan menghantarnya jauh dari rumah kita. Lebih malang sekalilah nasibnya jika ia dibuang di kawasan yang sukar baginya mendapatkan makanan. Nilai kasih dan sayang kepada binatang yang comel dan manja ini semakin hilang sedikit demi sedikit. Akibatnya binatang seperti ini boleh didapati di kebanyakan tempat tanpa pemilik. Antara tempat yang selalu menjadi tempat buangan kucing ini ialah di kawasan pasar dan di sekolah-sekolah atau kolej-kolej berasrama di mana binatang ini tidak sukar mendapatkan makanan.
Mereka yang meminati kucing selalu memberi nama berasaskan ciri-ciri fizikal atau warnanya. Kalau mereka menamakannya berasaskan warna, maka ada yang menamakannya tompok, hitam, belang, kelabu, putih dan sebagainya. Ada juga kanak-kanak yang suka memberi nama berasaskan perangai atau yang diada-adakan. Dari segi klasifikasi, ada sesetengah orang suka mengelompokkan kucing ke dalam kumpulan atau jenis berdasar penampakan fisikalnya, seperti:
Selalunya gen yang mengatur warna dan pola pada bulu kucing serta menentukan penampilan fisikalnya. Justeru faktor genetik akan lebih jelas dapat membedakan kucing ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Kucing yang diklas seperti ini adalah seperti Angora, Burmase, Siamase, dan Persia. Kucing yang dipaparkan di atas merupakan kucing yang mempunyai keturunan kacukan. Kami tidak pasti bakanya, tetapi ketika ibu dan bapanya dikurung sekali, jelas sekali bapanya dari jenis kacukan yang tidak biasa ditemui.
Sesiapa yang berhasrat mendapatkan kucing di atas bolehlah menghubungi En. Malik, 012-3946674.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
||||||||||||||||||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 28 Mei 2011