LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

CD MP KAPAR & SUMPAH LAKNAT

30 April 2011 (Sabtu/Saturday)

Mei

 

 

Suatu berita yang agak mengejut juga apabila semalam The Malaysian Insider melaporkan di dalam sebuah artikel oleh Asrul Hadi Abdullah Sani bahawa Ahli Parlimen Kapar menerima CD yang mengandungi versi penuh video seks yang kononnya pemimpin parti pembangkang yang menjadi pelakon di dalam video itu. CD itu pula disahkan dihantar secara pos daripada Thailand.

Beliau mempersoalkan bagaimanakah hal itu boleh berlaku sedangkan salinan video seks yang asal ada di dalam simpanan polis. Penghantaran CD  dari Thailand itu juga menunjukkan yang ada pihak-pihak tertentu melakukan atau merancang mengedarnya tetapi cuba berselindung. Justeru beliau menyeru suatu badan bebas diwujudkan bagi menyiasat perkara itu.

Di samping itu, beliau juga dilaporkan berkata, “Saya telah menonton VCD itu lebih kurang tiga kali dan melihatnya sekali lagi pagi ini. Tetapi adalah jelas bahawa pelakonnya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sifat-sifat fizikal dan rambutnya jauh berbeza sama sekali."

Pada masa sama kita dapati hampir semua akhbar di Malaysia termasuk Malaysian Insider juga melaporkan pada 29 April Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah melakukan sumpah laknat dengan mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang dilihat di dalam video seks yang ditunjukkan kepada wartawan tempoh hari. Sumpah laknat ini menjadi suatu isu yang cukup kontroversi.

Kontroversi ini digarap dengan agak panjang di dalam tukartiub.org di mana banyak ulasan telah diberikan oleh beberapa orang yang pakar. Saya petik kembali ulasan itu di sini yanag mana berbunyi:

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.

Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”

Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

Bagimanapun dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Tan Sri Harussani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah.

“Menuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti,” tambah beliau.

Pada 4 April lalu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menfailkan pertuduhan qazaf terhadap Datuk T dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Anwar sendiri sebelum ini bersetuju hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani dakwaan-dakwaan yang disebarkan oleh Datuk T dan pihak lain untuk mengaibkan beliau sekeluarga dan sekali gus menghancurkan karier politiknya.

Penceramah bebas Badrulamin menegaskan sumpah laknat jelas tidak sesuai digunakan dalam isu video lucah dan ia akan hanya mengusutkan keadaan.

“Sumpah laknat dalam kes video seks ini tidak menurut ajaran Islam dan hanya menurut logik dan akal manusia. Ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa dalam masyarakat kerana andai kata kedua-dua pihak sanggup bersumpah ia tidak akan selesaikan sebarang masalah,” kata beliau.

“Jika kita hendak menghentikan fitnah yang sedang melanda ummat ini hanya ada satu jalan iaitu melaksanakan hukum Qazaf,” kata beliau.

Eskay berkata gadingan Datuk T bertekad “tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku seks menjadi pemimpin negara Islam.”

Mengulas lanjut sumpah laknat yang bakal dilakukan oleh Eskay, Harunsani berkata cara itu selalunya membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

“Selalunya orang yang membuat sumpah laknat ini adalah kalau pertuduhan Li’аn iaitu suami tuduh isteri.

“Qazaf ini, kalau dia(trio ‘Datuk T’) tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio ‘Datuk T’) yang kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu tidak semudah ini untuk menghukum orang berzina,” kata Harussani.

Badrulamin berkata Menteri yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom sepatutnya mengusulkan gadingan Datuk T untuk disiasat mengikut hukum qazaf dan bukannya menyokong tindakan membuat sumpah laknat.

“Jamil Khir sepatutnya menyokong pelaksanaan hukum qazaf bukan sebaliknya menutup fail yang diajukan kepada mahkamah syariah dibawah kes qazaf dan menyuburkan pula budaya sumpah menyumpah ini,” tegas beliau.

Tanpa memanjangkan isu ini, kami mengharapkan perkara seperti ini tidak terus berlanjutan hingga kepada generasi akan datang. Jika tidak, kita akan semakin jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Dr Abu Hassan mengemukakan harapan ini secara sinis dalam facebooknya seperti berikut: "Buatlah. Bersumpah laknatlah. Semoga kegilaan ini tidak menjadi iman baru buat anak kecil yang akan meneruskan generasi ini."

Dan saya ingin memetik juga ulasan sdr Mazlan Majid terhadap kenyataan Dr. Abu Hassan di atas, yakni: "Kalau bersumpah itu dapat menyelamatkan penyamun dan perompak.. nescaya semua penyamun dan perompak sanggup bersumpah di mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun...... Nilai sumpah bagi mereka lebih murah dari harta dan kuasa...... KALAU A...HLI POLITIK RAKUS DI MESIR SANGGUP MENGEBOM RAKYAT SENDIRI.... ADAKAH MEREKA GERUN DAN TAKUT UNTUK MEPERMAIN-MAINKAN AGAMA DENGAN BERSUMPAH......... Banyak lagi aktiviti lebih brutal, gerun dan tak masuk akal yg dibuat orang politik rakus... jadi bersumpah itu 'kacang' sangat untuk dibuat bagi meyakinkan rakyat...... dan habuannya kuasa dan harta... PIKIR DALAM-DALAM........ Kita akan faham budaya politik Niccolò Machiavelli yg di amalkan oleh politikus rakus..."

Kami sebagai rakyat mohon supaya isu ini cepat-cepat diselesaikan tanpa merosakkan sesiapa. Kita juga menyeru sesiapa yang bermusuhan supaya berlawan secara gentlemen dan sihat, bukan cara kebudak-budakan, tanpa akhlak dan merosakkan minda serta rohani masyarakat dalam skop yang terlalu besar. Lagipun perkara seperti ini menjatuhkan maruah kita sendiri di mata masyarakat Islam dan antarabangsa.

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011