LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

NASIB ANAK2 MADRASAH AT-TAQWA..

22 Mei 2011 (Ahad)

Mei

 

Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini hari ini. Mereka ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18; Mohd. Azret Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Muhammad Naerzeim Mohd. Noor, 8; Mohd. Zaid Azahari, 14; Mohd. Iman Fahad, 9, dan Muhammad Hazim Sapree, 10.

Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini iaitu Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, dan Muhammad Riezman Abdul Latif, 9.

Tujuh lagi mayat mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing. Tiga daripadanya dikebumikan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, lebih 500 penduduk menyertai solat jenazah mangsa kejadian tanah runtuh itu sebelum semua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad. Sebaik sahaja semua waris selesai melakukan pengecaman wajah mangsa, jenazah kemudian disembahyangkan kira-kira pukul 1.35 petang.

Sementara itu, pada sebelah pagi, suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi itu. Sejumlah kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan kepada 16 mangsa yang terbunuh berkumpul di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan seawal pukul 7 pagi. Selesai sahaja proses bedah siasat dijalankan, jenazah mangsa mula dituntut oleh keluarga masing-masing secara bergilir-gilir mulai pukul 7 pagi ini dan selesai pukul 12 tengah hari.

Di simpang ucapan takziah, kita harus jua mengucap terima kasih kepada seramai 37 kakitangan HKL termasuk pegawai agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tidak tidur sejak pukul 9.30 malam tadi kerana bertungkus-lumus menguruskan kesemua 16 mayat mangsa tragedi itu. Begitu juga terhadap semua anggota kerja yang terlibat mengeluarkan mangsa dan mayat yang tertimbus akibat kejaidan tanah runtuh itu.

Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14, sdr Idris Musa, menyatakan beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media. Beliau hanya sempat berkata, “Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”

Justeru katanya, “Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi... Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden yang menimpa rumah anak-anak yatim itu, menyebabkan kematian 16 orang manakala sembilan yang lain cedera.

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Tarif Naik Barang Naik

Daftar Asasi di UM

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

 Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 28 Mei 2011