![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||||||
| LAMAN UTAMA |
MUSANG BERJANGGUT DI KMB ? |
|||||||||||||||||||||
|
4 Mei 2011 (Rabu/Wed) |
Mei |
|||||||||||||||||||||
|
|
Walaupun kawasan ini sudah mulai dibanjiri dengan haiwan ini di akhir-akhir ini, kami tidak menyangka ianya menjadi semakin banyak, khususnya di bangunan akademik. Yang lebih memeranjatkan lagi ialah apabila pada pagi ini ia telahpun memasuk Pusat Sumber Pembelajaran Kolej MARA Banting. Nasib baik menyebelahi seorang guru Bahasa Inggeris yang pada awalnya ingin menggunakan bilik tersebut untuk tujuan oral English. Apabila ternampak sahaja ada makhluk asing, beliau terus berpindah bilik dan memaklumkan tentang pencerobohan haiwan berkenaan kepada pengawas PSP dan staf pejabat. Apabila semua staf KMB pergi meninjau binatang berkenaan, sahlah ianya musang. Mungkin bapak musang justeru ianya sangat besar. Dan staf kami memanggilnya sebagai 'musang pandan' kerana baunya wangi hingga ke luar bilik tempat ia menceroboh itu. Tanpa melengahkan masa, pihak staf KMB pun segera menelefon Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Hanya dalam tempoh setengah jam sahaja van JPAM tiba. Kami terus membawa mereka masuk ke dalam perpusataan berkenaan. Dengan kecekapan mereka, hanya dalam tempoh 5 minit 'musang pandan' berkenaan berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam karung. Pihak kami dimaklumkan bahawa mereka akan menyimpannya untuk beberapa hari sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Perhilitan. Mereka juga menjelaskan, pelajar-pelajar kolej harus berhati-hati juga kerana haiwan berkenaan boleh menggigit jika pelajar cuai.
Berikutan peristiwa itu, para pelajar dilarang keras daripada berusaha menyeludup makanan ke dalam PSP. Demikian juga tindakan harus diambil dengan menyaran pelajar tidak membuang sampah atau sisa makanan merata-rata, khususnya ke dalam bakul sampah kelas yang tidak bertutup.
Rujukan: - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|||||||||||||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 April. 2011