LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Ombak Rindu: Dari Novel ke Filem

1 Mei 2011 (Ahad/Sunday)

Mei

 

Filem "Ombak Rindu" yang semakin gamat diperkatakan oleh penulis blog akhir-akhir ini diarahkan oleh Osman Ali. Ia merupakan hasil karya novel penulis Fauziah Ashaari.

Filem ini menampilkan pelakon Aaron Aziz sebagai Hariz manakala Maya Karin memegang watak Izzah, sementara Lisa Surihani sebagai Mila. Turut berlakon di dalam filem ini ialah pelakon yang sudah lama di layar iaitu Umie Aida.

Ohbulan.com melaporkan bahawa daripada respons pembaca, ada yang berpendapat bahawa Maya Karin tidak sesuai memegang watak sebagai Izzah. Manakala, Lisa Surihani dikatakan kelihatan agak jelik apabila memegang watak sebagai gadis pengoda. Tetapi itulah pilihan pengarahnya. Saudara Osman Alin pasti mempunyai alasan tersendiri.

Dijelaskan oleh watak utamanya, Maya Karin, “Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya."

Demikian kutipan ungkapan daripada pelakon utamanya. Dan apakah justeru perkara di atas menjadikan beliau tidak sesuai dengan watak itu? Kita dengar lagi pandangan penonton yang lebih ramai nanti bila filem ini memasuki tayangan.

Plot filem ini berkisar seorang gadis bernama Izzah, seorang yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Selepas itu, ayah saudaranya yang bernama Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha digambarkan sebagai seorang yang banyak berhutang. Justeru kesempitan wang, dia telah menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Tanpa kerelaan hatinya, Izzah terpaksa akur kepada takdir.

Bermula dari situlah Izzah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dengan tujuan mahu membawa dia keluar dari tempat yang buruk itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Bagaimanapun kehadiran seorang gadis lagi iaitu Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan (model dan pelakon terkenal) kemudiannya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah kesudahan ceritanya?

Jika anda membaca novel, anda pasti menempah hujung ceritanya. Bagi yang belum, saksikan filem ini bila ditayangkan nanti.

Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand) itu turut dibarisi pelakon Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof.

Ingin komen? Atau tidak sabar menunggu untuk menonton filem ini.

Rujukan:

http://www.lirikme.com/2011/04/sinopsis-gambar-sekitar-filem-ombak-rindu/#ixzz1L4KfcXXK

http://www.ohbulan.com/

http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=47634

 

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011