LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

OSAMA BIN LADEN ? : APA KATA PEMIMPIN..

4 Mei 2011 (Rabu/Wed)

Mei

 

 

Siapa Osama bin Laden? Berdasarkan berita yang umumnya dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu, kelihatannya imej Osama adalah seperti lebih 10 tahun lalu. Terutamanya selepas berlaku persitiwa 11 September 2001.

Berdasarkan laporan terkini kematian beliau, daripada Utusan Malaysia (04/05/2011 2:27am), "Anak perempuan Osama merupakan saksi kepada pembunuhan bapanya". Dikatakan,   – Pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama bin Laden menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali tersebut, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin. Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat. (ISLAMABAD 4 Mei-Reuters).

Dalam laporan lain, Utusan juga memaklumkan bahawa "Osama tidak bersenjata ketika diserang". Dari WASHINGTON - Dilaporkan bahawa Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dtidak bersenjata ketika tentera AS menyerang tempat persembunyiannya di Pakistan namun sempat melawan sebelum ditembak. Menurut jurucakap White House lagi, Jay Carney semalam, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang. (Reuters)

Tidak memaklumkan kepada umum mengenai keadaan Osama ketika diserang itu telah menimpulkan seribu satu pertanyaan di kalangan orang ramai.

Sementara itu, apabila beliau meninggal, pelbagai tanggapan dan harapan diucapkan oleh pemimpin yang berbeza-beza. Di antara ulasan pemimpin itu termasuklah:

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata."Kematian Osama mungkin tidak menghapuskan organisasi pengganas Al-Qaeda. Bagaimanapun, ketiadaan Osama akan menjejaskan kekuatan Al-Qaeda kerana beliau adalah inspirasi dan asas kepada gerakan itu."

"Menjadi harapan kami dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama," katanya.

Dan katanya lagi, "Keganasan juga tidak harus dikaitkan dengan mana-mana bangsa, budaya atau agama kerana ini hanya meningkatkan kemungkinan dunia dipolarisasikan dengan agama dan etnik, yang boleh menyemarakkan lagi keganasan."

Kenyataan yang hampir sama turut disampaikan oleh Dato Hishamuddin Tun Hussein dan Dato' Seri Najib Razak sperti yang dilaporkan oleh akhbar utama dan the Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat rakan seagama sebagaimana yang disiarkan di dalam Harakahdaily dan Malaysian Insider. Namun itu tidak bermakna beliau menyokong keganasan. Sebaliknya sebagai sifat dan sikap sebagai seorang mukmin dan Islam. Ini boleh dipetik daripada kenyataan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau lagi: “Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.”

Dalam laporan lain lewat hari ini (5 Mei 2011), "Kematian Osama: Shura, Mapim kecam operasi Amerika" sebagaimana dilaporkan oleh Zulaikha Zulkifli di Kuala Lumpur, bunyinya begini:

- Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian Osama bin Laden, kelmarin.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk tindakan tentera AS melepaskan jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda ke laut kerana tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan.

“Jenazah Osama sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat handainya dan diuruskan pengebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azmi menambah, operasi tersebut adalah gerakan asasinasi unilateral AS untuk membunuh seorang yang diburu di luar bumi Amerika dan ia satu tindakan melanggar undang-undang antarabangsa.

Pada masa sama, dalam laporan berita "Ulama Saudi pertikai cara AS semadi jenazah Osama" siaran the "malaysian insider", berita dari RIYADH (4 Mei) menyatakan :

— Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.

Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

“Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain,” kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Update (11.47 mlm): Seterusnya Malaysian Insider melaporkan pula kenyataan Dr. Mahathir lewat malam 4 Mei. Kenyataannya agak sinis dan mirip dengan kenyataan asal Dato Tn Guru Nik Aziz. Di mana semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama di tangan pasukan elit AS adalah pandangan tidak cermat. Berikut ialah pandangan ringkas daripada Tun Dr. Mahathir:

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kematian Osama bin Laden tidak mungkin petanda sudah berakhirnya keganasan atau rangkaian Al-Qaeda, sambil meramalkan tindakan balas akan terus berkembang di seluruh dunia.

Perdana menteri paling lama memegang tampuk kerajaan ini berkata, operasi dikendalikan oleh pasukan elit AS awal kelmarin adalah satu “tindakan tidak bertamadun.”

“Ya, dia mungkin bersalah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh satu orang bukan caranya.

“Jika dia dapat ditangkap, tangkap dia. Tetapi mereka masuk, membunuh seorang yang tidak bersenjata dan kemudian mencampakkan jenazah ke dalam laut,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

“Saya berpandangan bahawa ini dilakukan oleh mereka tidak bertamadun,” kata Dr Mahathir lagi.

 

 

 

         

 

 

Rujukan:

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011