![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
PROF HARUS BERSEMINAR TERBUKA ? |
|
|
26 Mei 2011 (Rabu/Wed) |
Mei |
|
|
|
Kata beliau lagi, "Para ilmuwan perlu berani berhadapan dengan realiti masyarakat yang mendesak keperluan pengetahuan terhadap penghidupan yang mereka akan hadapi; pemikiran 'future studies' perlu diperkuatkan agar para ekonomiwan dapat memberitahu secara berani dan akademik kerana rakyat sedang gelisah..." Justeru bungkam dan usaha menjaga periuk nasi maka para ahli akademik kita menjadi lemah dan tak bermaya dalam memberi pandangan mereka. Lantas, bagaimanakah pandangan-pandangan baru dan bernas dapat dikeluarkan dengan bebas. Malahan rakyat juga kadang-kadang menjadi keliru apabila media membawa berita yang sealiran semata-mata. Beliau mennuturkan catatan seterusnya, "Beberapa isu seperti "it is outsourcing corruption and not outsourcing fighting corruption" juga sedang membebankan rakyat tanahair, maka para sarjana ekonomi perlu bangun memberitahu suasana yang sebenar; jika "baik" katakan "baik", jika "buruk" katakan "buruk" kerana dengan situasi yang jelas maka mudah untuk rakyat mengatur rencana strategi bagi berhadapan dengannya...." Meskipun dengan sekadar berseminar hasilnya tak membawa ke mana (bahkan begitulah anggapan umum), namun beliau memberi reaksi positif ke arah sebarang usaha untuk berdiskusi mengenai sebarang isu yang berkaitan dengan rakyat dan negara oleh para ilmuan. Kata beliau lagi: "Tak apa biar berseminar, sebab dari situ media akan petik dan laporkan, dan ia lebih baik dari 'berkurung' di bilik tanpa kefaedahan buat masyarakat terutama dalam isu ekonomi ini..." Demikian pesanan daripada Doktor filem kita yang harus difikir-fikir oleh mereka yang bersimpuh di menara gading selama ini. Jangan asingkan diri dari masyarakat maupun daripada berbicara mengenai nasib mereka. Bicaralah... baik mengenai politik, ekonomi, sosial, agama atau apa saja selagi ia membantu kepada perkembangan masa depan masyarakat dan negara. Maju dan mara untuk Malaysia. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated:
28 Mei 2011