LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

SAJAK HARI GURU

15 Mei 2011

Mei

Dengan izin saduran sajak Usman Awang serta sajak asal Ayahku Seorang Guru 2 April 2011)

 

AYAHKU SEORANG GURU

Betapapun jauh kita kembara, kita teroka

Paling ke belakang kembali pada asal

Bukan kita segala kepandaian

Tanpa dia pemula segala

Seperti kata bapak Usman:

"Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa."

Ayahku seorang guru

akupun hampir lupa

garang dan bengismu dulu

semata buat mendidik bangsa

agar bumi ini jauh bermakna.

 

ayahku seorang guru

seperti jua muridmu yang pelupa

namun kami sanjung budi dan jasamu

yang menjadikan kami manusia

yang menjadikan kami berbeza.

 

Seperti kata penyair negara:

 

"Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat."

 

ayahku jua seorang guru

namun aku tidak lupa

sayang kasihmu tetap terpahat

dalam tidur dan jaga

kepingin melihat kerlipan bintang didikmu

sinar cahayanya menerangi malam.

 

aku adalah murid dan anakmu

sekaligus, justeru

ayahku seorang guru

di sekolah rendah kampung dan kota

sampai kapanpun engkau guru

bagi mereka muridmu

dan anak-anakmu yang terus menongkah jaya.

 

Lalu doa kami panjatkan

untukmu guru

dan untukmu ayah,

semoga berjaya

sekalian guru berjasa.

 

 

Mohamed Hatta

(nama yang engkau berikan untuk ku)

15 Mei 2011

 


 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Tarif Naik Barang Naik

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Sambutan Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 16 Mei. 2011