LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

SALIH YACOB KAHWIN LAGI ?

12 Mei - updated 14 Mei 2011

Mei

 

 

Isu Salih Yacob berhasrat mencukupkan kuota poligami dengan mengambil isteri ke 4 menjadi berita hangat dalam media arus perdana dan blog gosip artis. Sungguhpun ia tidak dimasukkan dalam berita muka depan, rata-rata berita ini menjadi tarikan semua orang.

Ada yang ingin bertanya resipi, ada yang ingin menjadikan artis ini idola, ada yang membuat interview dan pelbagai lagi hasrat mereka (khususnya para lelaki). Hasrat seumpama itu boleh ditafsirkan bermacam-macam.

Satu perkara yang harus diingat. Semua itu akan berlaku dengan aman hanya jika semua syarat berpoligami itu dipenuhi. Jika tidak, rumah siap, penukul tetap berbunyi.

Persoalannya. Apakah lelaki itu bersedia berlaku adil terhadap semua isterinya. Apakah cukup nafkah atau kemewahan yang diberikan dan sama rata. Apakah corak didikan agama yang diberikan terhadap setiap isteri dan anak-anak daripada setiap isteri. Apakah cara pergaulan di antara suami dengan isteri-isterinya sopan dan baik. Apakah isteri terdahulu merestui pernikahan isteri berikutnya.

Saya fikir persoalan ini paling penting. Jika apa yang disebutkan di atas tidak mampu diselesaikan, tidak perlulah seseorang itu berfikir pasal poligami.

Dari jauh dan dari perbualan rakan rapat, saya difahamkan sdr Salih dapat memenuhi semua kriteria yang menjadi persoalan bagi setiap lelaki yang bernafsu untuk kahwin lebih dari satu. Tidak timbul sebarang dakwaan daripada pihak isteri atau gosip yang menunjukkan ketidak-adilan berlaku dalam keluarga DJ Salih Yacob ini.

Kita pun tahu kemampuan beliau menyediakan segala keperluan untuk setiap isterinya, baik rumah, kereta maupun wang ringgit. Jika urusan fizikal (yang selalu menjadi pertelagahan rumah tangga) dan keperluan batin selesai, pasti tiada masalah lain akan berbangkit.

Salih dan calon isteri ke 4 beliau. Sudah diketahui isteri-isterinya, hanya curiga tentang majlis persandingan..

 

Dari interview yang dipaparkan oleh Berita Harian dan wartawan juga menunjukkan beliau mampu memberi didikan agama dan tunjuk ajar yang sesuai bagi setiap isterinya. Makluman ini nampaknya bukan saja datang daripada Salih, malah dari pihak perempuan juga.

Demikian juga berkaitan persetujuan yang diperolehi daripada isteri-isterinya yang terdahulu, yang membawa makna tidak akan ada perang besar hanya semata-mata kerana menyatakan hasrat ingin kahwin (yang biasanya berlaku).

Dan komen Salih mengenai calon isteri ke empatnya, seperti disiarkan oleh Kosmo, "Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh, ini pun sudah kecoh jadinya. Saya hanya boleh katakan, Ermi seorang wanita terpelajar. Dia lulusan pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Dia berasal dari Johor, anak bongsu dari lima orang adik-beradik dan berketurunan Syeikh daripada sebelah bapanya. Setakat ini, biarlah namanya saya simpan sebagai kejutan."

Betulkah telahan atau komentar di sini? Kaum wanita pasti berminat beri komen.

 

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Daftar Asasi di UM

Kekurangan Guru di Bandar

Pandangan Tentang BTN

Prof Harus Berseminar

Artis Korea Bunuh Diri

Universiti Terbaik Asia

Malang Nasib Anak2 Madrasah At-Taqwa

Terima Kasih Cikgu PWTC

Ayahku Seorang Guru

Jangan Beri Majoriti

Bahasa Malaysia

Salih Kahwin

Kucing Kolej

IB EXAM KMB

Osama Laden

Musang di Kolej

Santai Di Gold Coast

Harapan Hari Pekerja

Ombak Rindu

CD MP Dan Sumpah

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011