![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||
| LAMAN UTAMA |
SELAMAT TAHUN HIJRAH 1433 - Pandangan 2 Ulama' |
|||||
|
27 Nov 2011 |
November 2011 |
|||||
|
|
Kami di www.drhatta.com dan www.homeolibrary.com ingin mengucapkan Selamat memasuki gerbang hijrah dengan bermulanya hari ini, iaitu 1 Muharram 1433H. Semoga anda sekalian dilimpahi rahmat Ilahi. Jika tiada waktu yang sempat kita bina kesedaran dan meletakkan azam baru, maka inilah harinya. Tetapi harus diikuti dengan suatu perancangan dan pelaksanaan yang kukuh.
Antara intipati jawapan beliau ialah pertamanya bagi membetulkan salah tanggapan sesetengah orang dengan katanya: "bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w." Berkaitan dengan sambutan Hijrah ini, perkara kedua penting harus diambil ingatan ialah: "penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat." "Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin." Perkara ketiga, suatu persoalan yang selalu kita terbawa-bawa berikutan perubahan tahun, seumpama perubahan tahun Masehi, maka kita mula mengambil Awal Hijrah untuk penetapan azam baru, semangat baru, cita-cita baru dan membuat aktiviti baru. Meskipun perbuatan atau usaha itu baik, tidak perlulah kita menunggu awal tahun baru untuk melakukan perubahan. Jelas Dr. Asri di dalam jawapannya, "Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah."
Sementara itu, berikut ialah kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Datuk
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Hijrah tahun ini: “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan.” Katanya, sambutan Hijratur Rasul ialah sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut telah dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. “Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soal Menteri Besar Kelantan itu. Jelas beliau, jawabannya ialah... kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.... Berbalik kepada jawapan persoalan oleh Dr. Asri, beliau sebenarnya tidak menentang pembikinan azam baru dan perancangan tahun baru jika ingin dibuat juga. Ini pastinya baik untuk urus tadbir diri atau organisasi. Justeru dijelaskan beliau: "Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik." Ambillah ingatan daripada ulama' ini sebagai iktibar. Mudah-mudahan kita semua mendapat barakah dan rahmat. Wa Llahu 'alam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 27 Nov . 2011