![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||
| LAMAN UTAMA |
WAJARKAH FACEBOOK DITERJEMAHKAN SEBAGAI "MUKA BUKU" |
|||||
|
14 Nov 2011 |
November 2011 |
|||||
|
|
Laman ini begitu popular sehingga ianya boleh diakses dalam 37 bahasa berbeza di dunia dan mempunyai ciri-ciri lain yang terbaik bagi tujuan pengiklanan, mencari rakan taulan, menghasilkan perbincangan atau forum dan sebagainya. Lebih 800 juta orang (lebih 10% populasi dunia) menggunakan facebook, dan penduduk Amerika Syarikat sahaja mengguna secara purata 6.3 jam sebulan. Ini jauh lebih banyak berbanding laman lain di maya pada waktu ini. Facebook juga telah membuat penciptanya iaitu Mark
Zuckerberg Beliau dikatakan berjaya kerana beliau telah menghasilkan perisian terbaik buat manusia jagat. Dilaporkan Mark benar-benar mengetahui dan memahami apa yang kebanyakan orang fikir, baca dan bersedia mendengar, ditambah dengan siapa yang mereka kenal, apa yang mereka suka dan di mana mereka berada, mengembara, mengundi, membeli-belah, beribadat dan lain-lain aktiviti harian. Justeru, tidak hairanlah apabila sebuah lagu dicipta berkaitan dengan cinta hasil penggunaan facebook iaitu "cinta muka buku", lagu itu serta-merta menjadi top, khususnya di kalangan remaja. Jika kita saksikan video "Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif" dalam youtube sahaja, kita dapati ia telah mencapai jumlah viewer seramai 4,012,563 orang walaupun baru saja dimuatnaik selama lebih daripada 3 bulan (Muatnaik 22 Julai 2011 dan pada jam 4.22 petang 14/11/2011, jumlah yang telah menonton 4,012,563). Meskipun lagu ini pernah mendapat sedikit polemik atau kontroversi akibat senikatanya di mana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: ‘itulah cinta yang satu, cinta di muka buku’ (yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22), namun itu mungkin tidaklah menjadi perkara besar kerana penulis liriknya tidak bermaksud demikian (menghina Tuhan). Tetapi sengaja kami bangkitkan di sini kerana, tiada juara (pakar) bahasa yang membuat sebarang komen terhadap nama khas "facebook" itu yang telah diterjemahkan dengan semberono sekadar "nama buku" Betul ke terjemahan itu? Elokkah bunyinya? Tepatkah dari segi makna dan bahasanya? Sedapkah didengar oleh telinga kita? Jika betul, elok, tepat, sedap. Bagaimana kalau ingin login Facebook anda kata "nak login Muka Buku"? Atau bila anak anda berhasrat nak buka Facebook, dia berkata "Nak buka Muka Buku". Apa pandangan anda? Bila nak cit cat pula, katakan "Nak cit cat Muka Buku". Bagi kami, ianya amat janggal. Kami fikir nama "facebook" itu tidak wajar diterjemahkan sembarangan dan tidak sesuai digarap di dalam sebuah lagu yang boleh dengan banyak dan meluasnya (menerusi media youtube dan saluran arus perdana) mempengaruhi masyarakat khususnya para remaja dan kanak-kanak dengan gaya terjemahan yang semberono atau silap. Agaknya apakah istilah yang tepat kalau diterjemahkan? Itu tentulah kena tanya Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) atau bapak profesor di menara gading. Sehingga hari ini kami belum melihat sebarang komentar dibuat oleh pakar bahasa maupun pegawai daripada DBP. Agaknya betulah kot... Atau seperti amalan biasa, kita kekalkan saja nama "facebook". Maka, jadilah tajuk lagu tadi itu "Cinta Facebook". Wa Llahu 'alam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 14 Nov . 2011