![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM |
|||
|
6 Nov 2011 - 10 Zulhijjah 1432H |
November 2011 |
|||
|
|
Pada hari ini semua umat Islam menyambut hari raya aidil adha. Semalam telah berlangsung hari wukuf di padang Arafah dan umat Islam mulai menyambut hari raya pada hari ini dengan solat sunat hari raya aidil adha dan melaksanakan korban bagi mereka yang mampu. Kami di HBI Halth & Homoeopathy Center mengucapkan salam aidil adha kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pengunjung laman kami yang beragama Islam. Berikut ialah aktiviti mereka yang sudah berada di tanah suci sepanjang minggu ini. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jemaah haji akan terus berada dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. .Tiga Jamrah Al-Jamrah bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
. . Melontar
Syarat-Syarat Melontar
Melontar Jamratul Aqabah Pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar)Waktu afdal – pada waktu Duha 10 Zulhijjah Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. . Melontar Jamarat Pada 11, 12 Dan 13 Zulhijjah Di Mina (Hari-Hari Tasyriq). 1. Melontar Jamarat Pada 11 ZulhijjahWaktu afdal - Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah Waktu diharuskan - Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah . 2. Melontar Jamarat Pada 12 ZulhijjahWaktu afdal - Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah Waktu diharuskan - Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah .. 3. Melontar Jamarat Pada 13 ZulhijjahWaktu afdal - Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah Waktu diharuskan - Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. . Selepas solat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari Tasyriq, mereka yang berkemampuan sama ada di Makkah atau di seluruh bumi Allah ini disunat menjalankan ibadah korban bagi mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. . Selesai melontar, jemaah haji akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun diikuti bersaie antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahlul (bergunting rambut) bagi mereka yang membuat Haji Tamatuk. Manakala mereka yang melakukan Haji Ifrad hanya perlu melakukan Tawaf Rukun dan bertahlul sahaja. . والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته . http://shafiqolbu.wordpress.com/
Wa Llahu 'alam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Oktober Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 4 Nov . 2011