![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
LAUNGAN SUARA YANG KUAT SELAIN AZAN |
|
|
15 Ogos 2011 |
Ogos |
|
|
|
Kita biasa mendengar rungutan daripada orang-orang tertentu, khususnya bukan Islam berkaitan lagu-lagu nasyid, bacaan Qur'an dan seumpamanya dipasangkan sekuat-kuatnya di lokasi tertentu pada waktu yang kurang sesuai, tetapi selalunya kita diam. Sebenarnya bukan saja masyarakat bukan Islam, malahan masyarakat Islam yang kesibukan dan keuzuran bermasalah dengan perkara tersebut seperti juga kebisingan bunyi yang lain. Namun tiada siapa yang sanggup menyuarakan teguran kerana putaran suara yang dibuat itu berunsur agama. Jika tindakan yang tepat tidak diambil, kita risau boleh menimbulkan implikasi tidak baik kepada Islam itu sendiri. Dalam keadaan tiada siapa berani memberi fatwa atau menegur anak-anak muda yang terlalu bersemangat tanpa memikirkan orang-orang di sekitar, isu yang tiba-tiba berlaku ini mungkin memberi panduan dalam kita memutarkan sesuatu suara, walaupun ianya bersifat keagamaan atau seperti berdakwah. Semalam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga ulama/pemimpin yang disegani telah mengambil tindakan yang tepat dan membantu kebisuan orang yang serba salah untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut. Katanya, "Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. "Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” Demikian katanya s elepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini. Dengan kenyataan beliau itu juga bermakna beliau telah menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Semoga isu ini tidak dipanjangkan dan ia menjadi panduan bagi semua yang terlibat, umat Islam maupun bukan Islam. Perkara ini harus dilihat dari sudut positf dan proaktif.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 15 Ogos. 2011