![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
ISI JENAYAH PENGKLONAN CEK - ISLAMIKKAH BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD? |
|
|
25 Ogos 2011 |
Sept |
|
|
|
Sudah beberapa hari saya tidak membuka dan mengupdatekan laman drhatta.com. Semuanya disebabkan satu perkara. Iaitu masalah lapuk yang dibawa oleh Bank Islam yang tidak pernah mengaku kalah. Benar atau tidak adalah perkara kedua, yang penting mereka menang dan mendapat balik duit yang hilang. Walaupun siapa yang sebenarnya melarikan duit itu diketahui tetapi jika bank seumpama ini tidak memperoleh daripada pihak berkenaan, lalu kalau mereka boleh saman pelanggan, itupun akan dibuat demi wang.
Inilah dia kes jenayah pengklonan cek yang berlaku pada tahun 2003 dan perbicaraan telah berlangsung dari tahun 2004 hingga 2009. Dalam tempoh itu, beberapa kali pihak peguam Bank Islam selaku Plaintif memohon meminda saman dan tuntutan mereka akibat kesilapan teknikal yang kronik (kecuaian dan ketidakcekapan). Dan selepas berlalu perbicaraan selama lebih kurang 5 tahun, di dalam penghakiman Puan Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumput pada 16 Disember 2008, antara lain dinyatakan sepertimana lampiran bahagian 2 tulisan ini (Ini penghakiman kemenangan kes kita). Memang pada hakikatnya kami sebagai pelanggan memenanginya. Sungguhpun ramai sudah mereka yang terlibat membayar dan mengaku kalah kepada pihak peguam dan Bank Islam Malaysia Berhad sebelum berjuang, dalam perjuangan kami selama 5 tahun itu, kami telah memenanginya dengan cemerlang sekali. Tetapi sepertimana yang tuan/puan semua tahu. Bank-bank ini adalah gergasi, sedang kita usahawan cilik, kecil dan mudah digolek ke sana ke mari. Justeru, apalah ertinya sebuah kemenangan kecil. Biarpun kita sudah kehabisan puluhan ribu ringgit untuk suatu kemenangan kecil di Mahkamah Sesyen, semuanya menjadi tidak bermakna apabila ada pihak-pihak bermain secara 'ilat, tidak adil dan kecenderungan untuk korupsi. Hanya dengan memberi keizinan membuat Rayuan ke Mahkamah Tinggi semua senario berubah seratus lapan puluh darjah. Yang berada di bawah terus naik ke atas dan yang berada di atas terus terpelanting ke bawah. Itu semua tidak akan berlaku jika semua pihak memainkan peranan mereka secara teliti, jujur dan adil. Namun dunia ini memang bukan dijadikan untuk seunggul begitu. Manusia bisa dibeli seperti barangan lain jua. Itulah yang sebenarnya berlaku. Apabila kami sudah kalah tiba-tiba kami dimaklumkan bahawa peguambela yang kami lantik sudah menjadi panel Bank Islam Malaysia Berhad. Apakah kini reputasinya begitu meningkat sehingga Bank Islam sanggup menawarkan hadiah selumayan itu?. Walhal,... tidak lumayanpun jika dibandingkan dengan kebahgiaan akhirat. Namun hakikatnya, kita tidak mengetahui dengan pasti di mana silapnya. Apakah perubahan sebenar sehingga kami yang dulunya jelas berada di kategori bonafide pada pandangan Mahkamah kini sudah terpaksa membayar kesemuanya. Bank yang dulunya dilihat cuai, meluluskan kemasukan cek dengan begitu gampang, tidak dapat membezakan cek benar dengan klon, (tidak dapat menjelaskan bagaimana nombor akaun, cek, warna, saiz, stamping, tanda tangan menjadi sebegitu sama), yang telah menafikan mahkamah daripada melihat cek sebenar (sebab cek yang asli dikatakan telah dimusnahkan - kononnya ikut prosedur), yang dulunya gusar dengan meminda tidak kurang daripada 3 kali saman pendakwaan, kini bertukar menjadi juara, hero dan menang 100%. Di manakah silapnya? Sistem perundangan, sistem perbankan atau orangnya? Kalau orangnya, apakah ia melibatkan pengurusn Bank Islam, Yang Arif Hakim-hakim, lawyer-lawyer, stafnya atau siapa? Kita pasti boleh menjangka tetapi mereka yang bersalah sudah pasti consciencenya akan segera tahu tanpa kita tunjukkan jari kita. Negligence? Korupsi? Bias (kecondongan kepada yang korporat, berwang, politikus tertentu)? Tetapi, tuan/puan, saudara-saudara, sahabat-sahabat sekalian, itulah dunia. Dan kami tidak akan menghalalkan sedikitpun atas permainan ilat serupa ini, baik dunia maupun akhirat. Sama seperti kami tidak menghalalkan penjenayah pengklonan cek yang membuat onar kepada para bisnes kecil-kecilan dan menjadikan dunia perbankan sebegini kalut (dunia perbankan yang tidak cuba mengintrospek diri atau melihat kelemahan sistemnya tetapi hanya mengutama Ringgit & sen, ambil RM itu asal saja dapat dipungut daripada sesiapa yang boleh didakwa bersalah). Sebab kalau dulu penjenayah ini ingin menipu cek kerajaan, bila berlaku, kerajaan yang rugi. Tetapi kerajaan sekadar menuduh dan mendakwa bank yang silap kerana tidak cekap dan cuai. (Justeru kerajaan punya kuasa politik). Lalu Bank terpaksa membayarnya. Kerugian berpindah kepada Bank. Namun Bankpun tidak mahu rugi, lalu dia memaksa pelanggan (di mana cek itu bolos masuk menerusi kaunternya yang cuai) membayarnya. Akhirnya, yang rugi dalam kes ini, hanyalah pelanggan. Bank bebas dan lepas daripada kecuaian, ketidak-cekapan, ketidak-kemaskinian sistem perbankannya dan (termasuk) ketirisan maklumat sulit kepada penjenayah sehingga cek boleh diklonkan. Siapakah yang boleh membocorkan maklumat yang begitu sulit (sehingga bank tidak dapat membezakan antara cek palsu dan cek klon) jika bukan puncanya daripada manusia di dalam sistem perbankan ataupun jabatan kerajaan di mana cek itu dikeluarkan? Harus diingat, pernah suatu kali artikel kami keluar di dalam sebuah akhbar arus perdana 2003/04 berkaitan perkara ini. Telah kami tegaskan bahawa bank adalah seumpama imigresen yang mengawal semua rakyat asing yang ingin masuk ke Malaysia. Jika mereka melepaskan orang luar itu masuk kerana kecuaian semasa memeriksa pasport, tiadalah orang lain yang bertanggungjawab melainkan jabatan imigresen. Demikianlah halnya dengan kaunter sistem perbankan yang menerima, meneliti, menscan dan mengesahkan cek-cek yang masuk. Mengapa tanggungjawab kecuaian ini berpindah kepada pemegang akaun bank? Mereka tidak berkomplot. Mereka hanya menjalankan bisnes. Mereka hanya memperoleh bayaran tanpa tahu sama ada ianya dimasukkan menerusi cek maupun tunai. Jika tidak, kita tidak perlu pakai handfon, tidak perlu guna internet dan jangan pakai cek untuk berurusniaga. Justeru semua itu mempunyai risiko tinggi yang sistem perbankan dan sistem kewangan tidak mampu menanganinya. Mereka tidak mempunyai insurans untuk menuntut ganti rugi melainkan mengambilnya daripada pelanggan yang merupakan pemegang akaun di bank mereka. Satu lagi impak daripada kes ini ialah: Kerajaan 'no problem'. Bank bebas dan lepas. Pelanggan bank/pemegang akaun menjadi mangsa dua kali. Pertama disebabkan penjenayah cek klon (yang menyebabkan mereka menghasilkan produk berlebihan dan barang yang dihasilkan tidak dapat dipasarkan ke ketempat lain) dan kedua dihukum dan diminta bayaran oleh undang-undang dan bank-bank. Teman-teman.... inilah keadilan dunia yang diurus manusia dan sistem abad ini. Nota: Sebelum kes ini kami perjuangkan, pada tahun 2004 sudah ada seorang lawyer yang akaunnya terlibat dengan kemasukan cek palsu. Lawyer yang bermastatutin di Kota Bharu itu dengan segera dilantik menjadi panel Bank Islam. Beliau juga diberi amaran jika beliau ingin fight, pelantikannya sebagai panel bank akan ditarik balik. Demikianlah riwayatnya. - Maklumat ini diperoleh daripada seorang pekerja Tukang Emas di Kelantan yang mana Kedainya juga terlibat dengan kegiatan penjenayah cek klon terbabit.
LAMPIRAN: Mohamed Hatta Abu Bakar vs. Bank Islam Malaysia Berhad Petikan keputusan Mahkamah Sesyen "Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, situasinya amat berlainan. Cek-cek klon yang dimasukkan ke dalam akaun Defendan-defendan itu bukan dimasukkan oleh Defendan sendiri. Ianya dimasukkan oleh Pihak Ketiga atas urusan perniagaan makanan kesihatan Active IQ yang dijalankan oleh Defendan." "Mahkamah merujuk kepada hujahan balas Plaintif (tambahan) di perenggan 6, di mana Plaintif berhujjah bahawa Defedan-defendan telah sedia tahu bahawa cek-cek yang dimasukkan ke dalam akaun Defendan-defendan adalah palsu. Mahkamah telah meneliti nota keterangan saksi-saksi dan mendapati tiada pada bila-bila masa Plaintif membuktikan bahawa sebelum 17.1.2003 (cek pertama dimasukkan), Defendan-defendan tahu bahawa cek itu cek palsu (klon)." "Defendan 1 di dalam pemeriksaan balasnya menegaskan bahawa pada 23.1.2003, beliau masih tidak tahu cek itu palsu cuma akaunnya sahaja dibekukan." "Mahkamah tidak bersetuju dengan hujjahan Plaintif di perenggan 7 hujjahan tambahan mereka bahawa adalah beban ke atas Defendan untuk membuktikan cek-cek tersebut adalah klon kerana Defendan di perenggan 4 Penyata Pembelaan mereka menafikan mereka tahu bahawa cek-cek yang didakwa oleh Plaintif adalah palsu." "Saksi Plaintif sendiri iaitu SP3 ( nama ) memaklumkan kepada Mahkamah mereka tidak dapat membezakan cek-cek itu sama ada tulin atau palsu kerana cek-cek klon itu kelihatan sama seperti cek tulin iaitu sama dari segi kualiti kertas, percetakan, warna, logo, format, saiz dan sebagainya. Malahan tanda tangan pada cek klon adalah sama seperti yang dimandatkan." "Plaintif tidak menyedari akan cek-cek itu sebenarnya cek klon sehingga 22.1.2003 apabila cek-cek tersebut tidak dapat didebitkan dalam sistem komputer kerana no. siri tiada dalam sistem. Mereka telah membuat semakan dengan Jabatan Akautan Negara Cawangan Pahang (kerana cek-cek klon itu milik Jabatan Akautan Negara) baru Plaintif mengetahui cek-cek tulin mempunyai nombor siri yang sama dengan cek-cek klon tersebut dan cek-cek tulin masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara." "Defendan ketika pemeriksaan utama memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau dengan suci hati percaya bahawa segala wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya dari 17.1.2003 sehingga 21.3.2003 ada kaitan dengan urusan perniagaan barangan perubatan yang diusahakan dengan isterinya. (Nota keternagan mukasurat 46). Fakta ini tidak dicabar oleh Plaintif." "Berbeza dengan ke Abdul Aziz Kamaruddi dan Hashbudin Hashim,......, tetapi dalam kes kita cek-cek itu dimasukkan oleh Pihak ketiga atas urusan yang dipercayai oleh Defendan merupakan bayaran bagi barangan kesihatan yang dibekalkan kepada Syamsul." "Selain dari itu di dalam kes Abdul Aziz,...................." "Di dalam kes kita, Defendan tidak membuat apa-apa keuntungan di sini, beliau hanya berpendapat beliau berhak atas jumlah tersebut kerana itulah harga yang telah dipersetujui antara Defendan dan Syamsul bagi pembekalan barangan kesihatannya. Plaintif juga tidak harus dipersalahkan kerana cek-cek yang didepositkan itu adalah dianggap sebagai cek yang sebenarnya sehinggalah pada 22.1.2003, didapati nombor siri cek-cek ini tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem." "Di dalam ke Hashbuddin....." "Persoalan seterusnya ialah isu Syamsul tidak hadir untuk memberi keteragan berkenaan pesanan barang-barang dari Defendan-defendan dan sama ada Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 boleh terpakai dalam keadaan ini. Jika diteliti keterangan Defendan 1, ketika pemeriksaan balas, kewujudan Syamsul tidak pernah dipertikaikan oleh Plaintif. Begitu juga urusan jual beli barangan antara Defendan 1 dan Syamsul. Oleh itu Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk memanggil Syamsul untuk mengesahkan samada berlaku sebarang transaksi antara beliau dan Defendan 1." "Sehingga kini bagaimana 10 keping cek itu boleh dimaukkan ke dalam akaun Defendan-defendan tidak dijelaskan. Adakah ianya dimasukkan oleh Syamsul atau Pihak Ketiga lain tidak diketahui. Apa yang ada dalam keterangan Mahkamah adalah terdapat penunaian cek-cek yang ditunjukkan oleh Penyata akaun Defendan-defendan. Dengan lain perkataan, Defendan-defendan hanya memperolehi wang tunai hasil penunaian cek-cek yang dimasukkan ke dalam akaunnya." "Sepanjang pemeriksaan balas Defendan 1, walaupun beliau diasak dengan persoalan beliau tahu bahawa cek-cek itu cek palsu, namun Defendan 1 masih mengatakan wang yang di dalam akaunnya adalah wang beliau hasil urusniaganya dengan Syamsul." ...maaf. akan disambung kemudian.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Ogos |
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 25 Ogos. 2011