![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||||||||||
| LAMAN UTAMA |
PERSATUAN HOMEOPATHY TERTUA DI MALAYSIA |
|||||||||||||||||||||||||
|
19 Ogos 2011 |
Ogos |
|||||||||||||||||||||||||
|
|
Saya pernah menerima beberapa emel yang bertanya mengenai persatuan homeopati di
Malaysia sejak Malaysia Homeopathy Cyber Library dilancarkan. Namun tidak
pernah terfikir pula untuk menulis sebarang rencana mengenai persatuan
homeopati ini secara khusus. Kebetulan saya sedang menulis naskah bahasa
Inggeris mengenai asal-usul homeopati dan perkembangannya untuk dimuat di
dalam laman ini, lantas saya terfikir untuk melanjutkan tulisan berkaitan
persatuan tertua di Malaysia ini buat pelayar laman drhatta.com. Justeru, ikuti
Bahagian 3 sejarah persatuan ini sebagaimana berikut: PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY MALAYSIA Sebelum kita bicara lebih jauh, kita lihat dahulu kepimpinan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) sepanjang usianya yang sudah mencapai 50 tahun. Berdasarkan keterangan Prof. Dr. Mohd Nor Noordin dalam tulisannya, beliau memegang jawatan Presiden PPHM dari tahun 1969 hingga 1984. Bagaimanapun, berikut ialah turutan kepimpinan PPHM mengikut jurnal yang dikeluarkan oleh PPHM:
Mengikut keterangan daripada jurnal PPHM, rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan terdahulu menjadi punca kepada timbulnya pertubuhan-pertubuhan baru mulai 1979 hingga ke dekad-dekad seterusnya. Persatuan-persatuan yang awal ditubuhkan bermula dengan Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (1979) oleh Prof. Dr. Mohamad Yacob, Persatuan Pengamal-pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (1985) oleh Dr. Nik Omar Nik Daud, dan Persatuan Doktor Homeopathy Malaysia (1993) yang ditubuhkan oleh Dr. K. Mathiya. Bagaimanapun, selepas pemergian Prof. Dr. Dali Muin pada April 1992, ramai ahli di dalam PPHM merasa kehilangan sesuatu justeru tiadanya tempat rujukan daripada tokoh-tokoh awal dan berpengalaman. Atas kesedaran itu, kita dapati usaha dilakukan untuk cuba mencantumkan semula persatuan-persatuan yang wujud Namun usaha proaktif daripada dua persatuan yang awal itu tidak mendapat sambutan daripada dua lagi persatuan waktu itu. Justeru yang bergabung hanyalah Persatuan Perubatan homeopathy Malaysia (PPHM) dan Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputra Malaysia (PPHBM). Upacara perasmian penggabungan dan penubuhan Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (MHKM) itu disempurnakan pada 11 April 1993 oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Farid Ariffin di UTM Jalan Semarak, Kula Lumpur. Bagaimanapun, beberapa bulan selepas majlis penggabungan itu satu peristiwa lagi muncul. Kestabilan MHKM itu seakan terjejas sedikit apabila pada 3 disember 1994, Prof. Dr. Mohd Nor Noordin yang merupakan tokoh senior dari Melaka yang memainkan peranan penting dalam penyatuan itu kembali ke rahmatuLlah. Tujuan penubuhan MHKM bagi menyatupadu, menggerak dan memupuk kerjasama antara ahli pertubuhan homeopati yang berdaftar di Malaysia boleh dikatakan separuh sahaja berjaya berikutan hanya dua persatuan sahaja yang bersatu. Meskipun 8 tahun berlalu, persatuan-persatuan lain menunjukkan keengganan berterusan daripada menyertai MHKM. Keadaan ini membawa kepada cadangan penubuhan majlis yang baru. Dari pihak PPHM dan PPHBM, nampaknya inisiatif murni ini masih disambut. Justeru lahirlah pertubuhan payung yang baru yang wujud hingga ke hari ini pada 2001. Badan payung yang baru ini diberi nama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).
bersambung.... - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|||||||||||||||||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 19 Ogos. 2011