![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
HIKMAH PUASA BULAN RAMADAN |
|
|
1 Ogos 2011 |
Ogos |
|
|
|
Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan merupakan ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t. kepada sekalian umat Islam. Apabila ianya adalah fardhu, setiap orang Islam yang melakukannya semata-mata kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. Kalau timbul sebarang kebaikan daripadanya maka ia merupakan hikmah di sebaliknya Justeru sebagai mukmin dan muslim, kita akan melaksanakan tanggungjawab ini kepada Allah tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut yang boleh juga disebut sebagai hikmah/faedah puasa ialah (antara lain): i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun. iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya. iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan. v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Sayid Qutub berkata: "Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaanNya. Taqwa itulah yang mengawal hati daripada merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang-orang yang dihadapkan ayat-ayat al-Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa." Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang sedang dijalani ini. Kendatipun, lumrah juga kita dapati sebilangan daripada kita yang mendapati puasa agak sukar disebabkan kesihatan. Ada yang bermasalah dengan gastrik, tidak tahan dan bila saja berbuka makannya terlalu banyak sehingga berlebihan daripada bulan-bulan sebelum puasa. Semua itu bergantung kepada kita dan diri masing-masing. Seeloknya kita jagalah hawa nafsu dan keinginan bila berbuka. Jika kita berhati-hati, kita pasti akan terelak daripada masalah sakit perut, keracunan dan epidemik seperti taun seperti yang selalu berlaku. Bagi mereka yang mengidap gastrik atau mengahadapi masalah kesihatan perut, dua penawar yang boleh disaran ialah Natrum phos dan Arsenicum. Arsenicum amat mujarab bagi kes-kes keracunan. Sementara Natrum phos boleh diamalkan mengambilnya sebelum sahur supaya perut kita dapat bertahan lebih lama mengharungi seharian puasa. Sekali lagi, semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang sedang dijalani ini. Amin.
Rujukan: http://www.al-azim.com/masjid/seminar/ramadhan1427/1.pdf - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 1 Ogos. 2011