LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU PROF AZIZ BARI: KENYATAAN DUA TOKOH AKADEMIK & 'PKAUIA'

21 Okt 2011

Okt 2011

 

Ramai yang beranggapan bahawa tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan meminta beliau memberi alasan tunjuk sebab merupakan suatu perkara yang tidak wajar.

 Pada 20 Oktober 2011, Prof Abu Hassan al-Hayastani dalam facebooknya ada membuat catatan terhadap kenyataan seorang rakan dalam facebook yang berbunyi "JUSTICE FOR PROF AZIZ BARI ! Prof Aziz Bari digantung tugas http://malaysiakini.com/news/179172 atas sebab ini [Tidak salah kritik Raja-raja] http://malaysiakini.com/news/178427 dan juga ini [Campurtangan perlu selaras ajaran Islam]"

 Katanya, "Allah menyayangi sikap ilmuwan yang "mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka yang berpesan-pesan pada kesabaran" (Al Asr, 3). Ilmuwan hendaknya pelita zaman, tahniah atas sikap ini !"

 Beliau juga kemudiannya membuat komen berikut: "Prof Aziz Bari antara bintang di bimasakti ilmuwan Islam, 22 tahun berkorban dalam melahirkan para peguam, hakim demi menegakkan keluhuran undang-undang, dan bandingkan jasa ini dengan aksi purba ke atasnya? Tanahair ini akan hancur jika orang-orang baik dizalimi!"
 

 Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS)  menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari itu sebagai “satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.”

 “Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.

 “Ternyata perlantikan ‘kepimpinan baru di UIA’ itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

 Bekas penuntut UIA itu juga berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.

 Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan “sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.” “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata beliau lagi.

 Demikian antara laporan dalam The Malaysian Insider yang memetik Dr. Asri sebagai berkata, “setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).”

“Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz,” kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama.”

 “UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran.”

 Demikian antara petikan ulasan daripada dua orang tokoh akademik terhadap apa yang berlaku dalam siri serangan terbaru terhadap Prof. Abdul Aziz Bari.

 Keesokannya (seperti laporan dalam Malaysian Insider) pula, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.

 Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.

 “Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia,” kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.

 Tegas kenyataan itu, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.

 “Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara,” kata kenyataan itu lagi.

 Dalam kenyataan yang dilaporkan pada hari Jumaat itu juga menambah, “kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.”

 Ia menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

 “Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara,” katanya sambil menambah, “kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco.”

 - Kita sama-sama lihat apa yang bakal berlaku selepas ini.

 Wa Llahu 'alam.

 -  Admin drhatta.com.

   

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji

Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 21 Okt . 2011