LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU PROF AZIZ BARI: UIA TAK GUNA BUDI BICARA

22 Okt 2011

Okt 2011

 

Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau berharap pengurusan UIA akan menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas Aziz Bari sejak Rabu lalu.

 Universiti Islam Antarabangsa (UIA) boleh mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Prof Dr Abdul Aziz Baru berhubung kontroversi semasa tetapi tidak wajar menggantung tugas beliau sebagai pensyarah undang-undang, tegas timbalan menteri.

 “UIA patut guna budi bicara, boleh beri surat tunjuk sebab tanpa penggantungan,” kata beliau dalam kenyataan ketika dihubungi.

 Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau menghormati autonomi universiti dan “saya setelah membaca surat tunjuk sebab dan laporan bertulis, saya kekal dengan kenyataan-kenyataan saya sebelum ini.”

 Khamis lalu, Saifuddin berkata beliau sedih dan terganggu dengan perkembangan di UIA.

 Katanya, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atas Aziz juga tidak sesuai.

 “Menggunakan Seksyen 15(1), tidak menggunakan budi bicara yang baik.

“Memudaratkan? Tolonglah, kita universiti. Akibat gantung adalah memudaratkan,” katanya.

 Saifuddin juga berharap pengurusan UIA tidak akan mengambil tindakan terhadap mahsiswa yang mengadakan demonstrasi semalam membantah tindakan ke atas Aziz.

 Pada hari sebelumnya juga, kita menyaksikan sekitar 700 pelajar UIA berkumpul di kampus UIA Gombak untuk memohon dikembalikan jawatan Prof Abdul Aziz. Selain itu, staf akademik university itu juga telah turut sama mengutuk tindakan penggantungan Aziz Bari, yang dikatakan berkait dengan kritikan terhadap Sultan Selangor.

 Seorang staf PKA UIAM mengeluarkan kenyataan bahawa “Kita seharusnya berterima kasih kepada Abdul Aziz Bari kerana beliau membuatkan kita semua berfikir. Beliau tidak seharusnya didenda hanya justeru reaksi pihak ketiga."

 Kenyataan itu menambah, “Tekanan dan tuduhan yang tidak berasaskan ilmu terhadap Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara kita di mata dunia.”

 Sementara itu, ahli parlimen PAS Salahuddin Ayub telah membawa usul agar Dewan Rakyat membincangkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat dan digantung ekoran kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor.

 Dalam satu kenyataan dikeluarkan dan dilaporkan oleh the Malaysian Insider, wakil rakyat Kubang Kerian itu mahu Dewan Rakyat membincangkan berkenaan penggantungan Aziz.

 “Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau.

 “Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam,” kata Salahuddin.

 Isu ini bermula apabila Prof Abdul Aziz sebelum ini memberikan pendapatnya sebagai pakar perlembagaan terhadap tindakan Sultan Selangor.

 Beliau berpendapat, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.

 Prof Abdul Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Selangor berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
 

 Wa Llahu 'alam.

 -  Admin drhatta.com.

   

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji

Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 22 Okt . 2011