![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
PROF AZIZ BARI DIUGUT? |
|||
|
22 Okt 2011 |
Okt 2011 |
|||
|
|
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah juga telah menyatakan pendapat serta sudah memohon supaya UIA guna budi bicara di mana cukuplah dengan memberi surat tunjuk sebab kepada Prof Aziz. Tidak perlulah penggantungan itu. Demikian juga, pada 24 Oktober kita semua difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya iaitu Prof Abdul Aziz Bari. Malangnya hari ini masih ada lagi individu yang tidak berpuas hati dan tidak toleran. Maka kita mendengar lagi laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz menerima pula satu sampul surat berisi peluru dengan ugutan bunuh. Antara nota yang tertulis itu berbunyi “Jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti." Kita hairan bagaimana di bumi kita yang aman ini boleh jadi seakan sudah hilang demokrasi. Apakah kajian dibuat terhadap kenyataan Prof Aziz sehingga tindakan secara bersiri diambil oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan menghantar peluru itu adalah suatu kesalahan yang amat besar, sebab kita tahu tidak ada sesiapapun dibenar memiliki senjata maupun peluru hidup di Malaysia. Apakah sebahagian rakyat Malaysia juga ingin meniru rentak seperti Thailand atau negara-negara lain yang gagal meletakkan otak atau akal yang dikurnia Tuhan di atas sekali? Namun, walau apa sekalipun, tindakan membuat laporan polis oleh pihak Prof Aziz itu amat wajar. Serahkan sahaja semua urusan itu kepada polis dan undang-undang. KL-Today melaporkan bahawa Prof Aziz memaklumkan, “Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti… anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut.” Begitulah cara dan sikap seorang ahli akademik dalam menangani krisis terbaru ini. Wa Llahu 'alam. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 22 Okt . 2011