![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
BAJET 2011 BUAH TANGAN KERAJAAN ATAU BONUS PILIHANRAYA |
|||
|
8 Okt 2011 |
Okt |
|||
|
|
Presiden CUEPACS, En. Omar Osman berkata, "Cuepacs sangat berbesar hati dengan bajet kali ini kerana hampir 80 peratus daripada tuntutan kami telah ditunaikan kerajaan di samping beberapa pengumuman yang tidak dijangka seperti pemberian bantuan kepada pelajar sekolah,” tambahnya. Omar juga berpuas hati dengan pertukaran Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sistem gaji satu lapis dan pemberian bonus setengah bulan. Demikanlah juga halnya dengan kenaikan tahunan sebanyak dua peratus untuk pesara kerajaan yang disifatkan beliau sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah. Katanya, “Di sini saya melihat kerajaan komited untuk memperkasa kakitangan kerajaan dengan memberikan insentif-insentif tersebut bukan sahaja ketika masih bekerja, malahan ketika mereka tidak lagi bekerja dan telah bersara.” Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 — yang ketiga sejak menjadi perdana menteri dengan peruntukan RM232.8 bilion sambil menyediakan “buah tangan” kepada pelbagai kumpulan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Di antara pengumuman beliau termasuk: — Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan — Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500 — Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan — Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan — Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia — Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan — Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu — Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred — Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500 — Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka — Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan — Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013 — Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun. Selain daripada itu, kami percaya beberapa saranan akan terus dikemukakan oleh para pakar supaya pengumuman buah tangan besar itu tidak tenggelam dalam arus ekonomi yang sentiasa berubah. Demikian juga seharusnya ia tidak melalaikan kakitangan kerajaan yang terlalu seronok dagan hadiah-hadiahnya. Justeru kami terus menyarankan (seperti sebelumnya):
Sekian daripada kami. Mudah-mudahan rakyat bertambah sejahtera.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 8 Okt . 2011