LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

KAKITANGAN AWAM DIRAMAL NAIK GAJI LAGI

1 Okt 2011

Okt

 

Sama ada gaji kakitangan Awam naik atau tidak, harga barang sudah beberapa kali naik. Jika dibandingkan dengan harga baru kebanyakan barangan pengguna, sehingga hari ini indeks harga pengguna seolah-olah tidak menunjukkan kenaikan sebenar harga barang.

 Di kedai-kedai biasa dan pasar malam di mana sebahagian besar rakyat mendapatkan barangan harian, harga yang terpaksa dibayar menjadikan rakyat semakin miskin. Ayam mentah sekilo sudah RM8.50 berbanding lima tahun dahulu di bawah RM5.00 sekilo. Ayam yang siap goreng di pasar malam sudah lebih RM3.00 berbanding RM1.50 pada tempoh sama.

 Harga minyak, susu, gula, daging, ikan, tepung, sayur-sayuran, gas, biskut, makanan siap bungkus dan lain-lain naik dengan peratusan yang tinggi. Bandingkan pula harga tambang pengangkutan awam,  sewa rumah dan harga ansuran rumah semasa, nilainya turut mengaut peratusan yang besar daripada pendapatan isi rumah.

  Keadaan ini menyebabkan kajian kementerian dan kerajaan harus lebih luas dan terperinci. Jika kenaikan gaji hendak dibuat di kalangan kakitangan awam, saranan yang serupa juga harus dibuat ke atas gaji dan upah pekerja bukan kerajaan.

  Jika tidak, cara terbaik ialah dengan mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Harga tarif elektrik (& air juga), minyak, gas, tambang, dan sebarang kos yang berhubungan dengan pergerakan dan nilai barang dan perkhidmatan adalah penyumbang terbesar kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Justeru ia harus dikawal dan dipantau dengan berkesan.

  Selain itu, harga caj telekomunikasi serta bayaran seperti fee ASTRO di mana peningkatan jumlah pengguna semakin meningkat tidak harus dibenarkan naik dengan begitu mudah. Dengan cara ini, kita fikir, ia lebih banyak membantu rakyat dan pengguna secara umum.

 Justeru, apapun tindakan kerajaan menjelang bajet 2011, kita berharap pengumuman itu mengambilkira segenap lapisan masyarakat. Ia juga tidak harus semata-mata melihat kepada apa yang hendak diberi kepada rakyat/pekerja (pendapatan), tetapi juga harus dikaji dari sudut perbelanjaan isi rumah awam secara umum (berapa kos perbelanjaan sara hidup sebenar?).

 

 

 

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkamah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 1 Okt . 2011