LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

TERENGGANU LWN N.SEMBILAN: Harga tiket naik, laman web FAM pula digodam

28 Okt 2011

Okt 2011

 

Pada mulanya Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar cat.  Kini laman webnya pula digodam. Ini semua dipercayai kerana ada yang marah dengan tindakan badan itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.

  Laman web itu dikatakan digodam tengah malam tadi (lapor the Malaysian Insider) dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan memang  kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan pada hari Sabtu 29 Oktober.

  Perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam itu adalah di antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

  Justeru marah, mereka yang menggodam laman itu meletakkan lambang FAM dengan imej khinzir serta simbol “$” manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah. Demikian intisari laporan berbunyi.

  Terdapat juga mesej yang berbunyi “So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us.”

  “Penyokong bebas buat apex2 je,” kata mesej itu yang turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti “kapitalis” dengan menaikkan harga tiket.

  Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak.

  Laporan semalam memetik polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.

  Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada terdapat unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku kerana banyak sebab.

  “Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat,” katanya merujuk kepada kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

  Dalam kejadian itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

  Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan yang bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma, namun sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.

  FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 kepada RM50 melibatkan Terengganu dan Negeri Sembilan.

  Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.

  Dalam reaksinya semalam mengenai tindakan melempar cat, Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

  “Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang,” titah baginda.

  Menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telahpun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

  Justeru, Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

  Bagaimanapun, kerajaan negeri Terengganu yang kaya hasil minyak itu akan membantu penyokong masing-masing di mana mereka akan memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20.

 Wa Llahu 'alam.

 -  Admin drhatta.com.

   

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

Aziz Bari Diugut?

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Perginya Seorang Sahabat

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji

Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 28 Okt . 2011