LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jenayah Klon: Mahkamah silap atau Peguam Plaintif Mendahului Mahkamah

4 Okt 2011

Okt

 

Benar atau tidak, hari ini kami terima suatu keputusan yang menakjubkan. Tiba-tiba saja konsultan kami menerima satu faks daripada lawyer yang lama yang merupakan surat panggilan pendengaran di Mahkamah Rayuan-Rayuan Sivil di Putrajaya pada 14 Oktober 2011. Surat berkaitan kes Sivil W-04-365-10 itu (KES JENAYAH PENGKLONAN CEK) membawa dua impikasi besar.

Pertama, isu berkaitan keputusan Mahkamah. Apakah keputusan menolak rayuan kami dahulu dan membenarkan Bank Islam membuat tuntutan kerugian itu sudah konklusif? Ataukah dahulunya tidak terdapat keputusan konklusif, tetapi sekadar menolak rayuan konsultan kami dan meminta pihak Bank Islam Malaysia Berhad berunding dengan konsultan kami secara damai dan saksama agar dapat dicari titik perdamaian hakiki?

 Ataukah sebenarnya keputusan Pn Hakim Mahkamah  Sesyen itu tepat, dan perbicaraan kes jenayah pengklonan cek itu harus diteliti oleh para Hakim Mahkamah Tinggi @ Rayuan dengan cermat supaya keputusannya benar-benar adil kepada semua pihak?

 Kedua dari sudut Bank Islam Malaysia Berhad. Apakah apabila dahulunya Mahkamah menolak Rayuan peguambela konsultan kami dan meminta pihak Bank untuk berunding dengan konsultan kami itu benar-benar difahami oleh peguam plaintif Bank Islam Malaysia Berhad? Jika keputusan Mahkamah Tinggi dahulu belum konklusif, tidakkah ini bermakna tindakan peguam plaintif Bank Islam Malaysia Berhad mengambil tindakan kebangkrapan ke atas konsultan kami merupakan tindakan mendahului @ mengenepikan @ menghina mahkamah?

 Apabila konsultan kami menghubungi peguam plaintif, mereka menyatakan itu mungkin suatu kesilapan di pihak Mahkamah kerana menandatangani surat panggilan "kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan (disposal) di hadapan Mahkamah Rayuan Malaysia yang bersidang di Putrajaya pada 14 Oktober".

 Apakah tindakan mahkamah rayuan itu menyalahi ataukah sebenarnya pihak Bank Islam Malaysia Berhad atau peguamnya telah mendahului mahkamah dalam tindakannya? Perhatikan bagaimana di suatu tarikh (10 Oktober 2011) konsultan kami mesti menghadiri kes kebangkrapan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, sedangkan kes (yang menyebabkan peguam plaintif Bank mengemukakan saman kebangkrapan) Rayuan Sivil itu baru hendak diputuskan di Putrajaya pada 14 Oktober 2011 ini?

 Apakah Mahkamah silap? Ataukah sebenarnya peguam plaintif telah mendahului mahkamah menghukum konsultan kami sebagai bersalah dan lantas mengemukakan saman kebangkrapan?

 Kami tidak arif tentang semua ini. Tetapi kami percaya mahkamah mempunyai alasan tersendiri apabila memanggil kes ini. Persoalannya, apakah peguambela plaintif lebih arif daripada Mahkamah? 

 Kami menunggu penuh debaran. Kes ini sebenarnya adalah kes Bank Islam Malaysia Berhad vs Pelanggan Bank Islam (orang awam).

 Sama-samalah kita berdoa demi perjuangan kebenaran dan demi semua pelanggan Bank yang mempunyai kuasa minimum terhadap akaun mereka sendiri supaya keselamatan/sekuriti sistem perbankan lebih kemaskini dan hak semua pelanggan Bank sentiasa terjamin.

Kes Bank Islam Malaysia Berhad vs Mohamed Hatta Abu Bakar

Diari Catatan Peribadi

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Ranking Homeolibrary.com

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 4 Okt . 2011