![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
Jenayah Klon: Lawyer Bank Islam vs Mahkamah |
|||
|
6 Okt 2011 |
Okt |
|||
|
|
Mengikut Md. Tajuddin & Co (peguam Bank Islam Malaysia Berhad) dalam panggilan telefonnya kepada konsultan kami, arahan itu sudah dibatalkan apabila Bank Islam mendapat "court order" untuk menuntut pembayaran daripada konsultan kami. Jika tidak mereka tidak akan meneruskan saman kebangkrapan. Pelik bin ajaibnya kini surat dari Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya itu juga ada mencatatkan salinan kepada (sk) Yang Arif Hakim Puan Has Zanah binti Mehat. Itulah juga hakim yang memberi keputusan sebelumnya. Benar atau tidak, tetapi menurut lawyer senior Bank Islam ini, mereka telahpun menelefon peguambela konsultan kami yang dahulu dan mengikut keterangan peguambela (yang telah berpaling tadah) itu, memang telah sah tiada lagi rayuan dibenarkan dan tuntutan Bank Islam itu kini berkuatkuasa. Justeru, tuntutan kebangkrapan itu valid dan boleh diteruskan jika pembayaran tidak dibuat. Apabila konsultan kami menelefon dan menghantar emel kepada Penolong Pendaftar Kebangkrapan Mahkamah Shah Alam, jawapannya juga mengecewakan justeru notis kebangkrapan itu hanya boleh diketepikan oleh seorang peguam dengan alasan kukuh (siapakah yang sanggup membawa surat untuk mengetepikan notis itu?). Sedangkan kerani Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya mengesahkan memang ada pertemuan untuk Penamatan Kes (disposal). Demikianlah masalahnya jika pembelotan telah berlaku dalam barisan pertahanan, segala kekuatan kita telah terhakis dan mudah diperkotak-katikkan. Peguambela senior yang baru dilantik oleh konsultan kami juga tidak bisa buat apa-apa justeru hatinya tidak bersama kes ini. Walaupun dia senior sekali, tetapi dia bisa buat tidak endah sahaja apabila surat panggilan rayuan itu difakskan kepadanya. Ini semua urusan 'money matters'. Baginya mungkin jumlah RM63,170 itu tersangat kecil baginya untuk dia menghabiskan keringat dan menghulurkan bantuan. (walaupun berbayar) Katanya, "saya confuse". Sangkanya kes telah selesai. Dia hanya menunggu kalau konsultan kami ingin membawa kes terhadap peguambela yang dahulu. Kononnya, ada berlaku "negligence". Sedangkan konsultan kami mahukan suatu perlawanan yang setara terhadap Bank Islam. Kerana itu tuan/puan, jika tiada berjuta dalam tangan, jangan main-main mahkamah. Pendeknya, kita tidak mampu membayar peguam secukupnya (walaupun kita kata kita mampu). Akhirnya yang aniaya ialah orang-orang kecil seperti kita. Kata konsultan kami, kalau setakat hendak bayar itu tiada masalah. Tetapi, kes ini mempunyai kepentingan tersendiri dan ia sekarang diteropong oleh ramai peguam serta mereka yang terlibat yang pernah mengikutinya sejak ia dibicarakan dari tahun 2004 lagi. Kemenangan beliau dalam Mahkamah Sesyen telah meletakkanya sebagai suatu kes contoh yang bakal jadi rujukan dalam kes-kes seterusnya (kalau ada lagi kes yang serupa atau hampir sama). Walaupun kes ini mempunyai kepentingan awam, yakni cuba menegakkan kepentingan orang ramai (pemegang akaun/pelanggan bank/peniaga yang banyak berurusan online), tetapi bila masing-masing hanya mempunyai kepentingan peribadi semata-mata, usaha kita tidak berbaloi. Duit guaman habis, tuntutan terpaksa dibayar juga. Tekanan mental dan emosi sudah pasti cukup tinggi. Ke manakah perginya peguam-peguam profesional? Di manakah para Hakim yang menjalankan keadilan berpaksi? Apakah semuanya harus mengikut prosedur dan tanpa peguam semua kita tidak bernilai apa-apa? Wa Llahu a'lam.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 6 Okt . 2011