![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| LAMAN UTAMA |
Jenayah Klon: Bukan Mahkamah silap Tetapi Bendahara Tikam daripada Belakang |
|||||||||||||||
|
15 Okt 2011 |
Okt |
|||||||||||||||
|
|
Kemudian pada 14 Oktober (Jumaat) semalam, saya ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pula. Seperti yang saya saksikan, pelbagai orang daripada pelbagai kes telah membuat rayuan, tetapi semuanya ditolak. Ini disebabkan ia bukanlah Mahkamah untuk sesiapa membuat aduan dan merayu, tetapi sekadar untuk menyelaraskan rekod-rekod yang difailkan peguam dalam rayuan mereka. Saya sedar tiada orang yang boleh membantu menyusun fail-fail kes yang berlangsung dahulu melainkan peguambela yang lama itu. Peguambela baru yang dilantik tidak akan mahu membedah dan membina semula fakta kes walaupun betapa seniornya dia. (Saya terpaksa menambahkan kerugian dengan membayar Yuran buka fail bagi lawyer yang setaraf dengan Karpal singh itu.) Setahu saya selama perbincangan, peguambela baru itu hanya sibuk ingin membuat dakwaan "negligence" terhadap peguambela yang dahulu. Dia minta kita membayar dahulu kepada bank dan kemudian membuat claim daripada peguambela dahulu. Katanya, setiap peguam ada memiliki insurans, jadi tidak ada masalah. Saya hanya perlu mengeluarkan belanja sedikit kepada beliau untuk mengurus kes itu. Saya fikir, mungkin justeru itulah saja tindakan yang lebih mudah baginya menguruskan kes, meskipun bantuan lain yang kita pinta namun itu tidak mampu diberinya. Kerana itu saya tolak hasrat dan saranan beliau itu. Saya lebih rela menanggung semua kos kerugian bank daripada memusingkan kembali cerita - dengan menyaman peguam yang membela saya dahulu. Apabila nama saya dipanggil, terus saya nyatakan hasrat menarik balik rayuan dan mengambil semula deposit. Seperti yang saya pernah sebutkan dahulu, apabila Bendahara yang memegang kunci kota (peguambela) sudah bertindak membuka pintu kota, apakah lagi yang bisa dilakukan oleh Sultan dan rakyatnya? Terpaksa terimalah saja padahnya. Seorang isteri usahawan memberitahu saya, "Tindakan menerima pelantikan Bank sebagai lawyer panel bank itu samalah dengan menerima rasuah". Katanya, sebagai peguam dia seharusnya tahu bahawa menerima sesuatu daripada musuh clientnya, walau apa bentuk sekalipun, adalah menyalahi etika dan merupakan suatu tindakan 'tikam daripada belakang'. Ketika saya mendengar makluman itu, saya terus menyatakan "Kalau begitu bila ada penerima, maka pasti ada pemberi rasuah". Sekarang kita tahulah bahawa untuk memenangi kes di mahkamah sesebuah Bank akan melakukan apa saja untuk menang. Termasuk memberi rasuah - suatu perkataan yang saya tidak pernah guna sebelumnya sehingga kawan saya itu menyatakan secara terus terang. Kalau boleh dijadikan cerita.... Sekarang permainan kes ini boleh disusun begini: si A - penjenayah cek klon, si B - Kerajaan Negeri Pahang (yang cek miliknya diklon), si C - Bank Islam Malayisa Berhad (pemilik cek di mana kerajaan Pahang mempunyai akaun dan ceknya berjaya diklonkan oleh penjenayah), D - pemegang Akaun Bank Islam yang membuat urusniaga dengan pelanggan (tanpa mengetahui tujuan dia untuk menipu bank dengan cara memalsukan cek Kerajaan negeri Pahang), E - polis di mana pemegang Akaun Bank (juga Bank Islam) membuat report, F - peguambela yang telah mempertahankan kes selama tidak kurang dari lima tahun, G - peguam plaintif, H - Hakim Mahkamah Sesyen (yang memutuskan D adalah bonafide), I - Hakim Mahkmah Tinggi (yang menerima rayuan Bank), J - Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia yang menolak rayuan D, walaupun kemudian dipanggil sekali lagi rayuan untuk tujuan disposal. Kalaulah ini semua dapat dibuat cerita wayang, A mendapat segala keuntungan dan berjaya melarikan wang dalam akaun bank dengan cara menipu si D dan si B. Si B yang akaunnya mengalami defisit mengadu kepada kerajaan pusat sehingga kerajaan memutuskan bahawa Bank (C) telah cuai dan sistemnya tidak kemaskini dan mudah bolos. Justeru Bank kena menggantikan wang kerajaan yang hilang. Si C (bank) tidak mahu rugi, Justeru disamannya si D. Oleh kerana dia tidak ingin menanggung satu senpun kerugian daripada jenayah pengklonan cek itu, D harus membayar kesemua sekali jumlah yang diambil oleh penjenayah. Jadi, jelaslah pemegang Akaun kalah dalam cerita ini. Selain A, yang untung juga ialah F. Beliau mendapat bayaran guaman daripada D. Nilai guamannya naik dan kemudian dia juga mendapat tawaran lantikan panel peguam daripada C. Akhirnya cerita di kalangan hakim dan peguam di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 2004 ketika kes jenayah pengklonan cek itu berlaku sudah tidak lagi betul. Kata mereka, penghakiman akan memutuskan Pemegang Akaun dan Bank tidak akan memperoleh apa-apa manfaat. Keputusannya 'draw' atau seri. Yang untung hanyalah lawyer defendan (peguambela) dan lawyer plaintif. Kedua-dua pihak, sama ada pemegang akaun dan bank, hanya menghabiskan duit mereka - menambah kepada kerugian akibat jenayah cek klon. Apa yang sebenarnya berlaku, melalui proses beli-membeli (lebih halus daripada perkataan 'rasuah), Bank berjaya memenangi kes. Dia mendapat kembali wangnya yang hilang. Pemegang akaun (pelanggan bank) rugi dan menanggung semua kos akibat kebijaksanaan penjenayah dan kecuaian sistem perbankan (selain kecuaian pemegang akaun kerana tidak dapat mengenalpasti pelanggan). Peguambela untung berganda dengan memperoleh bayaran guaman daripada pemegang akaun, dapat meningkatkan imej diri dan seterusnya menjadi panel Bank. Cerita ini, jika dibuat filem oleh Hollywood, tentu sangat menarik. Penjenayahnya menjadi hero, tidak siapa dapat menangkap atau mendakwanya di mahkamah. Satu-satunya mangsa yang terpaksa membayar semua kos ialah pemegang akaun sahaja. Kerajaan negeri bebas kerana kuasa politik Kerajaan, sementara Bank selamat kerana amalan 'beli-membeli' yang melibatkan peguam dan mahkamah. Apa yang terlepas pandang dari kes jenayah pengklonan cek ini? Kita menjangka kecuaian berlaku dalam sistem perbankan sahaja, namun pada hakikatnya, peguam plaintif juga telah membuat beberapa kali pindaan dalam memfailkan dakwaannya, termasuk dari segi jumlah tuntutan sebenar dan meminda nombor akaun simpanan Defendan. Pihak peguam bank bukan saja gagal membuktikan defendan memalsukan cek, bahkan gagal membuktikan defendan bersubahat dengan penjenayah cek klon. Yang paling menghairankan bagaimanakah peguam plaintif boleh membuat dakwaan ke atas setiap orang mangsa jenayah ini (pelanggan bank pada hakikatnya) sebagai cuba memalsukan cek dan menipu bank? Bijakkah mereka semua sehingga mengetahui semua maklumat sulit berhubung dengan Akaun kerajaan, tanda tangan dan rahsia dalam Bank. (Tidakkah ini semua kemungkinan komplot orang dari dalam sistem perbankan, pejabat kerajaan negeri Pahang atau syarikat percetakan cek bank Islam) Pelik bin ajaib.
Siapa yang cuai? Seperti pernah dinyatakan di dalam akhbar sewaktu jenayah cek klon berleluasa dan melibatkan satu bank lain (Maybank, kalau tidak silap), pihak kerajaan pernah mengatakan bahawa yang cuai ialah bank, dan kerana itu mereka mesti mengembalikan wang yang hilang dalam akaun kerajaan. Dalam kes yang melibatkan kami inipun, Yang Arif Hakim Norliza binti Othman menyatakan antara lain : " Oleh kerana cek-cek klon ini tidak diketahui oleh plaintif ataupun defendan sehinggalah pada 22.1.2003, maka ketika plaintif menunaikan cek-cek itu, sebenarnya plaintif tidak mempunyai mandat tetapi keadaan cek-cek itu sendiri yang menyamai cek-cek tulen menyebabkan plaintif yakin ianya tulin (nota keterangan... ) dan meneruskan dengan menunaikannya, maka Mahkamah memutuskan plaintif harus menanggung kerugian akibat kejadian ini kerana di pihak defendan mereka adalah pemegang akaun bonafide dan seharusnya dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku." "Kesimpulannya, setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, atas beban bukti kebarangkalian, Mahkamah memutuskan plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan dan defendan-defendan pula gagal membuktikan tuntutan balas mereka terhadap plaintif. Oleh itu tuntutan plaintif dan tuntutan balas defendan-defendan ditolak dengan kos. Kos tindakan untuk ditaksirkan." Demikian keputusan dan petikan hakikat cerita dalam perbicaraan dan jenayah pengklonan cek. Apapun justeru manipulasi keadilan di peringkat dunia ini - bukan saja saya, malah kesemua 14 pemegang akaun yang terlibat kena membayar kepada bank. Memang pemegang akaun yang lain sudah siap membayarnya dari awal. Hanya saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mengalah kerana ingin mempertahankan hak kita semua sebagai pelanggan bank. Mengapa harus kita semua sentiasa menjadi labu atau mentimun? Kendatipun, habis penat lelah, tekanan emosi dan mental lagi, ditambah dengan wang bayar lawyer, akhirnya kita terpaksa bayar juga kerana siapakah yang sanggup menghadapi dakwaan kebangkrapan (selepas Bank mendapat laluan daripada Mahkamah Tinggi yang gagal melihat kes dari sudut sepatutnya atau dari sudut keadilan)? Kita bayar sajalah bagi menutup kerugian bank yang sudah kaya lagi mahu kaya itu. Demikianlah hukuman dan keadilan di dunia. Wa Llahu 'alam. - Konsultan HBI dan laman drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||||||||||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 15 Okt . 2011