![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||
| LAMAN UTAMA |
TAMATNYA SEBUAH PELAYARAN SEORANG PELAJAR KEMBALI MENEMUI ILAHI |
|||
|
24 Okt 2011 |
Okt 2011 |
|||
|
|
Pada hari Jumaat minggu sebelumnya khatib dari mimbar Surau An-Nur Kolej MARA Banting mengingatkan kepada sekalian ahli jamaah supaya meningkatkan taqwa dan bekerja untuk mendapatkan keredhaan Allah. Beliau juga berpesan supaya kita berusaha sehingga ke suatu saat apabila kita mati, kita rasa gembira dan berpuas hati, sedangkan sekalian keluarga, sahabat handai dan kenalan menangisi pemergian kita menyahut panggilan Ilahi. Ini petanda baik kepada apa yang ditaburkan oleh insan di bumi yang fana' ini.
Pada hari ini, tanpa disangka oleh sesiapapun seorang sahabat yang menuntut dalam Tahun Dua di Kolej MARA Banting dan bakal mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di luar negara telah kembali ke rahmatuLlah. Tamatlah sebuah pelayaran yang penuh dengan kesibukan dan pancaroba dunia hari ini. Mereka yang tinggal tetap harus terus berjuang untuk mencapai apa yang dihajatkan di dunia dan menambahkan bekalan di hari akhirat. Pemergian beliau telah ditangisi bukan sahaja oleh ahli keluarga, malah oleh rakan-rakan serta pensyarah dari kolej tempat beliau belajar. Pelajar yang bernama Muhammad Zulihsan bin Shaharani itu telah berjaya menambat hati sahabat taulan dan para guru yang mengajar dan menjadi mentornya. Beliau dilaporkan sakit kepalan (migran) pada hari Jumaat dan telah dihantar ke Hospital Banting dan kemudiannya ke Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Kenyataan menyebut bahawa terdapat tumor di bahagian otaknya sebelum dimaklumkan meninggal pada jam 2.30 pagi di hospital berkenaan. Pada jam 7 pagi jenazah beliau telah dibawa oleh keluarganya ke Ipoh, Perak. Kembalinya beliau ke pangkuan Ilahi meninggalkan seorang adik bersama ibu dan ayahnya. Saat menghadiri majlis pengkebumiannya,
rakan-rakan senior Kolej Selain usaha rombongan anggota kerja dan pelajar Kolej MARA Banting mengunjungi jenazah dengan menaiki sebuah bas dan kereta pada pagi itu, di kolej sendiri majlis bacaan Yasin telah diadakan oleh para pelajar di sebelah pagi sebelum kuliah. Kemudiannya sekali lagi majlis bacaan Yasin dan tahlil diadakan di sebelah tengahari sebaik tamat kuliah. Al-Fatehah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat
dan beliau ditempatkan bersama para anbia' dan salihin. Wa Llahu 'alam. - Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 24 Okt . 2011