LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

KEMBALINYA STEVE JOBS: PENCIPTA DAN INOVATOR

7 Okt 2011

Okt

Dengan pemergian Steve Job akibat barah pankreas, hilanglah seorang tokoh utama perisian komputer yang bukan saja berjaya membawa Syarikat Apple ke mercu kecemerlangan, malah berjaya meletakkan kemajuan telekomunikasi dunia ke tahap yang ada sekarang, yang selalunya mendahului pesaing lain.

 Justeru kata pengasas Microsoft, Bill Gates, "Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama."

 Bill Gates menyifatkan kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

"Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami," katanya.

 "Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimiliki Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya," katanya lagi dalam satu kenyataan kepada AFP.

 Steve Jobs merupakan perancang (mastermind) di sebalik keluaran Apple spt. iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTunes. Beliau meninggal dunia dalam usia 56 tahun, di saat jagat raya ini masih memerlukan buah idea kreatif beliau buat menerajui zaman.

 Tiada maklumat terkini didedahkan mengenai di mana atau penyebab sebenar kematian beliau, meskipun akhir-akhir ini beliau dilaporkan tidak sihat akibat kanser pankreas dan pernah melalui pemindahan hati.

 Suatu kenyataan yang dikeluarkan selepas kematian Jobs daripada Lembaga Pengarah Apple dicatat sebagai berikut "We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today. Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve. His greatest love was for his wife, Laurene, and his family. Our hearts go out to them and to all who were touched by his extraordinary gifts."

 Selanjutnya kenyataan Lembaga Pengarah itu juga menyebut, "Apple telah hilang seorang genius yang kreatif dan bervisi, dunia telah kehilangan insan yang menakjubkan. Dan, "Mereka yang berkesempatan mengenal dan bekerja dengan Steve telah hilang seorang kawan baik dan mentor berinspirasi. Beliau telah meninggalkan sebuah syarikat yang hanya beliau mampu membinanya, justeru semangatnya akan selamanya menjadi asas bagi (memajukan) syarikat Apple".

 Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut mengeluarkan kenyataan. Katanya, "Michelle and I are saddened to learn of the passing of Steve Jobs. Steve was among the greatest of American innovators - brave enough to think differently, bold enough to believe he could change the world, and talented enough to do it."

 Steve Wozniak, iaitu teman yang sama-sama mengasas Syarikat Apple pada tahun 1976, yang juga adalah kawan sepermainan beliau, (dan telah sama-sama terlibat memasarkan komputer peribadi pertama yang dikenali sebagai the Apple II) mengatakan, "Saya terkejut dan tidak tenteram".

 Para pemerhati yang terlibat dalam penciptaan dan inovasi dunia menyebut Steve Jobs sebagai  master innovator yang setanding dengan Thomas Edison. Belau telah berjaya merubah dunia pengkomputeran, rakaman musik dan komunikasi.

 Demikian sedikit maklumat yang sempat kami garap.

 

 

 

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Godam Web FAM

Gerbang Abadi

Wasiat Gaddafi

Ranking Homeolibrary.com

Kursus Pemasaran  Internet

Komen Saifudin

Int'l Fair KMB

Isu Aziz Bari

Peguam Bank Menang

HalFest 2011

Karnival Bahasa

Kisah Steve Jobs

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya

Steve Jobs Pencipta & Inovator

Lawyer Bank Lagi

Isu Bank (& Mahkamah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 7 Okt . 2011