![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
||||||||
| LAMAN UTAMA |
Halal Fiesta Malaysia 2011 |
||||||||
|
12 Okt 2011 |
Okt |
||||||||
|
|
Organiser HalFest ini ialah Sharpers
Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama erat daripada Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan CIMB Bank. Semasa perasmian yang bermula jam 3
petang, selain organiser YB Dato Seri Idris Jusoh yang merupakan Pengerusi
Majlis Amanah Rakyat telah memberikan ucapan bagi pihak MARA. Yang Berhormat Dato' Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku perasmi pada kali ini telah memberi ucapan yang ringkas tetapi padat. Beliau berbangga dengan kemampuan Malaysia menganjurkan program serupa ini serta kebolehan usahawan tempatan mengusahakan produk halal keluaran Malaysia.
Beliau menjelaskan, Malaysia sudah dikenali justeru dalam Sistem Perbankan Islam negara kita telah berada di tangga pertama serta menjadi rujukan antara bangsa. Seterusnya beliau mencabar usahawan tempatan dalam pelbagai keluaran produk yang lain dengan katanya, "Saya mencabar pengeluar-pengeluar produk seperti makanan, kosmetik dan farmaseutikal juga menjadi nombor satu." Selepas tamat upacara perasmian, YB Dato' Seri Mustapha Mohamad, YB Dato Seri Idris Jusoh, Ketua Pengarah MARA, Ahli-ahli Majlis MARA dan tetamu jemputan yang lain telah melawat ke booth-booth di mana pelbagai produk yang dipasarkan di Malaysia dipamerkan. Dimaklumkan bahawa terdapat 647 booth yang dibuka semuanya ditempah sepenuhnya.
Bagi sesiapa yang datang ke HalFest ini lebih awal, mereka akan berkesempatan bertemu dengan pelbagai program yang disediakan oleh booth-booth tertentu. Umpamanya di ruang pameran di mana pelbagai resepi masakan dipersembah dan diperkenalkan, terdapat artis Jaafar Onn sedang mengendalikan acara sambil memperkenalkan artis popular tanah air. Dua booth yang ditempahkan oleh pengeluar produk Simply Siti pula, terdapat ramai pengguna, khususnya peminat Siti Nurhaliza Taruddin berkumpul. Pada awal pembukaan, sesiapa yang membeli produk Simply Siti yang bernilai RM50 ke atas diberi kesempatan untuk bergambar dengan artis kesayangan ramai itu.
Bagaimanapun, ketika lawatan dibuat oleh YB dan para tamu kira-kira jam 4.30 petang ke gerai-gerai berkaitan, para artis ini sudah tiada di booth untuk promosi produk-produk tajaan. Orang ramai dijemput untuk melawat pelbagai produk Halal fiesta seperti makanan, ubat-ubatan, Takaful, Perbankan Islam, dan sebagainya di PWTC dari tarikh 12 hingga 16 Oktober 2011.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
Steve Jobs Pencipta & Inovator Sept Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia Ogos |
|||||||
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 12 Okt . 2011