![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
SELAMAT IDUL FITRI |
|
|
3 Sept 2011 |
Sept |
|
|
|
Kami pohon maaf kepada semua pelayar laman konsultan homeopati HBI justeru tidak bersama hampir seminggu tanpa memaklumkan tentang cuti sambutan hari raya Aidil Fitri. Namun pastinya sekembalinya kami dari kampung akan membawa lebih banyak berita atau artikel baru. Antaranya, ialah artikel berkaitan sejarah dan usaha-usaha pengembangan homeopati yang tidak disampaikan kepada umum. Seperti biasa banyak daripada maklumat tidak sampai kepada pengguna atau pelayar laman maya. Apabila saya membelek bahan-bahan lama yang terkumpul dan dibungkus elok di kampung, saya menemui kembali bahan-bahan atau naskhah-naskhah lama ataupun gambar-gambar memori yang sesuai buat tatapan pelayar laman ini. Demikian juga bila saya menghidupkan komputer lama zaman pentium dahulu, ada juga naskhah-naskhah virtual yang mungkin bakal kami teliti untuk siaran. Tentulah suatu kerja yang berat mengolah kembali semua bahan itu. Namun, Insya Allah secara-perlahan-lahan akan kami hidangkan kepada anda sekalian. Sementara itu, rebutlah peluang menjadi pengedar HBI yang konsisten. Harga diskaun pengedar yang lumayan sentiasa disediakan untuk mereka yang komited. Bagi tawaran pakej Idul Fitri, kami masih membekalkan beg kecil HBI dan buku Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati yang memuatkan karya tokoh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Demikian juga kepada mereka yang berminat dengan buku-buku HBI, semuanya akan diantar dengan diskaun dan pos percuma. Syaratnya cuma dengan membeli semua naskhah terbitan kami. Salam idul fitri buat semua.
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 3 Sept . 2011