LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

BINTANG DR. BURHANUDDIN DALAM HOMEOPATHY  MALAYSIA

5 Sept 2011

Sept

 

Sepertimana selama ini kita lihat kerlipan bintang Dr. Burhanuddin terpancar dalam sejarah dan dikupas oleh segenap pihak kawan dan lawan, kehebatan nama dan sumbangannya tidak terpahat dan tidak dituturkan sangat oleh pemimpin ternama Negara. Semuanya justeru beliau memilih jalan lain untuk memerdekakan tanah Melayu.

Jika dituturkan selalu, mungkin akan tenggelam banyak nama lain dalam sejarah yang mana sumbangan dan buah fikiran mereka tidak begitu menyerlah. Lihat sajalah pada Mat Indera, yang langsung hampir tidak pernah disebut orang, tiba-tiba jadi istimewa disebabkan ada seorang insan yang cuba melihat dari sudut sejarah yang sedikit berbeza.

Dan diulas oleh tokoh kita Dr. Abu Hassan Hayastani di dalam facebooknya mengenai tokoh-tokoh seumpama ini dengan luahan:

Mat Indera dan Noramfaizul - dua negarawan yang memilih sikap dan kaedah berbeza dalam mengadiluhung bangsa dan negaranya. Al-Fatihah buat kedua mereka semoga ruh perjuangan mereka menjadi sanubari perjuangan nusa menuju kesejahteraan...

Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah buat Timpres PAS Abg Mat Sabu kerana mengadiluhung tokoh MAT INDERA yang akhirnya telah menderu-deru keminatan, keinginan, dan kepedulian anak-anak tanahair terhadap SEJARAH peradaban bangsanya. Semoga dengan perdebatan demi perdebatan ini akan mengembalikan sebegitu ramai lagi tokoh-tokoh agung yang tersingkir dari helaian korupsi sejarah ke helaian hakiki sejarah Tanah Melayu, tanahair tercinta.

Sebagaimana tokoh di atas, tentunya tokoh seperti Dr. Burhanuddin wajar dikedepankan lagi. Alangkah malang apabila beliau beberapa kali dipenjara (seperti dalam kes Natrah dan ketika beliau berada sebagai wakil rakyat), perjuangan beliau tidak dilihat dari sudut yang berbeza (positif).

Dengan itu juga, kami berharap, usaha konsultan HBI cuba membawa Dr. Burhanuddin ke tempatnya dalam penyebaran ilmu perubatan homeopati sebagai Bapa kepada Sistem Perubatan ini disokong penuh. Sementara usaha pihak-pihak tertentu yang cuba meminggirkan peranan beliau sehingga pesatnya homeopati diterima masyarakat dapat sama-sama kita pencilkan kembali.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 5 Sept. 2011