LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

FOSKA PENAWAR PERSEDIAAN USIA DEWASA

12 Sept 2011

Sept

 

Foska merupakan  sebahagian penawar keluaran HBI yang dulunya dimasukkan dalam set Pratal atau Post-natum untuk ibu-ibu. Ia telah terbukti berkesan dalam mengawal banyak perkara serta membantu penjagaan kesihatan apabila usia kita semakin meningkat.

Kini set ini diubahsuai sekali lagi. Tujuannya khusus supaya semua orang boleh menggunanya secara berterusan atau bila mendapat simptom-simptom tertentu (tanpa memikirkan ianya hanya untuk mudah bersalin).

Mereka yang mempunyai masalah gigi, masalah tumbesaran (pertumbuhan tulang dan gigi), masalah tulang & sendi (spt artritis, reumatisme, gout), masalah nutrisi (keseimbangan pemakanan), kesan buruk persekitaran (hujan, musim sejuk), masalah emosi tertentu dan kemerosotan fungsi tulang akibat penggunaan/usia (wear & tear) boleh menggunanya. 

Bahkan tokoh homeopati semasa, Dr. George Vithoulkas menjelaskan terdapat 3 senario di mana faktor-faktor yang mendorong kepada kesan positif (bermanfaat) bagi pengguna  apabila mengambil produk yang mengandungi calcarea phosphorica ini. Senario itu ialah:

Pertama, ia berlaku apabila terdapat  kekurangan mineral ini dalam pemakanan. Pada suatu tahap, kekurangan boleh menimbulkan simptom rakitis, emasiasi, penyakit-penyakit tulang tertentu, retak atau patah tulang, keadaan anemia, lambat pulih dalam kes-kes sakit akut; sementara bagi kanak-kanak, anak-anak mungkin lambat dapat berjalan, gigi lambat tumbuh atau ubun-ubunnya lambat tertutup.

Kedua, ada antara kita kadang-kadang mendapat sakit justeru mendapat khabar yang buruk atau tidak baik. Mereka yang mengalami stres dengan kehidupan memberi kesan psikologi yang teruk kepada individu. Individu itu menjadi tidak fokus dan terganggu.

Ini dapat dilihat pada simptom-simptom kemurungan, kebimbangan, rasa tidak selamat, marah, rasa terhina atau ujud konflik dalaman. Kejutan akibat berita buruk boleh membawa ketidak-selesaan dan mengakibatkan ketidak-seimbangan serta penyakit.

Senario terakhir ialah apabila seseorang itu menjadi terlalu peka atau sensitif dengan perubahan cuaca. Ini dapat dilihat dalam banyak kes penyakit termasuk mereka yang mengidap arthrits, gout, reumatik dan seumpamanya.

Penyakit individu yang sensitif ini menjadi melarat dengan sejuk, hujan atau bila tubuhnya basah. Kadang-kadang, tiba musim hujan atau mendung sahaja sudah menyebabkan simptom lama kembali. Di Barat, bila datang musim luruh atau salji turun/cair, pesakit mulai menderita simptom-simptom sengal, ngilu atau sakit yang berdenyut-denyut/menyucuk.

Sakit-sakit individu ini menyerang bahagian bahu, dada dan hujung kaki & tangan. Simptom-simptom itu boleh menjalar dan seterusnya mengganggu aktiviti seharian mereka.

Justeru, bagi mereka yang sudah mengalami atau berisiko mendapat simptom-simptom serupa ini, kami sarankan Foska. Foska telah banyak membantu mengurangkan sakit-sakit patient, dan ia juga boleh diambil sebagai langkah pencegahan.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 12 Sept . 2011