LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

ISU JENAYAH PENGKLONAN CEK - MAKA REBAHKAH YANG JUJUR?

21 Sept 2011

Sept

 

(Sambungan isu 25 Ogos 2011)

  Sekali lagi saya bungkam dan tidak dapat mengemaskini laman ini kerana fikiran diasak disebabkan 'rayuan untuk sama-sama menanggung kerugian akibat penjenayah pengklonan cek' ditolak oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Ini bermakna tidak ada lagi kompaun dibenarkan. Saya harus membayar penuh semua kerugian dalam tempoh yang singkat.

Meskipun pada asalnya penjenayah itu menciplak dan ingin menipu Kerajaan Negeri Pahang melalui cek Bank perniagaan dan rakan niaga (kami di HBI) sebagai mediumnya, akhirnya kerajaan berlepas diri, Bank juga dengan licik mengelakkan daripada sebarang kerugian, yang tinggal hanya orang-orang cilik seperti kita menanggung beban.

 Menyorot kisah ini, ianya seolah-olah cerita sebuah kerajaan (kerajaan negeri Melaka ke?) yang suatu masa amat gagah dan pada waktu itu tiada yang dapat melawan maupun menawan buminya. Bendahara, Laksamana, Panglima dan bala tenteranya cukup kuat sehingga mendekati kubunyapun agak sukar. Apa lagi untuk menembusi kubu itu.

 Tetapi musuh tidak pernah berputus asa. Sementara Bendahara atau panglima kita yang miskin didatangi wakil dari kerajaan sana memujuk tentang pelbagai kebajikan yang akan diperoleh jika bersubahat membuka pintu kota. Bendahara atau panglima berkenaan juga dijanjikan bahawa Raja tidak akan diapa-apakan, paling buruk sekadar diturunkan takhta, tetapi kekayaan akan melimpah di bawah kekuasaan baru.

 Begitulah janji-janji manisnya sehingga bendahara atau panglima kita termakan suapan. Lalu dibukalah pintu kota. Lalu masuklah sekalian panglima dan bala tentera musuh. Habis istana diroboh. Akhirnya kalahlah kerajaan yang dahulunya kuat justeru perbuatan orang kuatnya yang belot, bertuankan kerajaan yang lebih kaya atau yang sanggup memberi habuan yang melimpah.

 Tuan/puan, memang benar, mana ada seseorang yang menang akan bertolak-ansur dengan musuhnya yang sudah dikalahkan. Kebaikan dan keprihatinan pihak musuh itu mungkin timbul dalam cerita dongeng sahaja. Membelot, mencucuk atau menikam daripada belakang adalah juga merupakan antara faktor utama kekalahan suatu kerajaan atau bangsa.

 Justeru, pintu rundingan seolah-olah tiada lagi. Kita tertakluk kepada ihsan mereka semata-mata.

 Inilah permainan yang dilakukan dalam kes ini. Satu-satunya panglima yang kita ada belot di saat harganya tinggi dan kemenangan berada di puncak. Dia menyalahi etika. Tetapi kerajaan yang ingin menang dengan jalan licik (the end justifies the mean) rela menggunakan sebarang kaedah Machiavelli asal cita-citanya tercapai. Maka rebahlah kita yang terus berpegang kepada prinsip  kejujuran.

 Bayar sajalah mengikut mau dan peraturannya.

LAMPIRAN:

Mohamed Hatta Abu Bakar vs. Bank Islam Malaysia Berhad

Suatu catatan peribadi.

...maaf. akan disambung kemudian.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 21 Sept. 2011