LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

MAJLIS PERUBATAN HOMEOPATHY MALAYSIA (PERKEMBANGAN TERKINI)

6 Sept 2011

Sept

Berikut ialah sebuah lagi artikel, kali ini mengenai MPHM yang sempat saya kutip dan rakamsemula dari tinjauan terhadap tulisan-tulisan dalam buletin homeopati, Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), akhbar-akhbar tempatan dan majlis-majlis yang dihadiri sendiri oleh konsultan HBI. - semua disiapkan sebaik kembali daripada Hari raya Aidil Fitri di kampong.

 

Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (MHKM) telahpun berusaha mengadakan hubungan baik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan dan meningkatkan taraf sistem perubatan homeopati. Namun usaha itu tidak berhasil sepenuhnya meskipun layanan daripada pihak Kementerian adalah positif.

Pengenalan & Isu

  Isu utama ialah berkaitan pengawalan terhadap amalan para pengamal homeopati sedia ada, masalah pensijilan dan pengiktirafan serta penerimaan Kerajaan dan Sistem Perubatan Arus Perdana terhadap saingan Perubatan Alternatif, khususnya homeopati.

  Pihak Kementerian Kesihatan tentu sekali tidak berpuas hati apabila banyak amalan dalam perubatan alternatif meliputi kepercayaan kepada perkara ghaib dan jampi serapah, wujud adab dan cara rawatan yang menyalahi etika (salah laku), penggunaan ubatan herba yang berisiko tinggi dan tidak ada suatu peraturan standard yang boleh mengawal perkembangan ini dalam keadaan masyarakat mulai mendekati kembali sistem alternatif.

  Pada waktu itu pandangan Kementerian Kesihatan pula tidak jelas dan tidak memiliki ilmu yang mencukupi bagi menangani masalah berkaitan aliran perubatan yang dilupai dan dipinggirkan. Ini terbukti apabila semua amalan perubatan alternatif yang sedia ada dikumpulkan di bawah satu persatuan sahaja, seperti bilamana tertubuhnya Persatuan Complementary Medicine yang menggabungkan semua amalan perubatan alternatif selain daripada Perubatan Konvensional.

  Sementara itu, para pengamal dan persatuan homeopati cukup sedar tentang perkara ini. Ia bukan saja merupakan suatu masalah dalam sistem perubatan tradisional yang berasaskan tahayul dan tidak saintifik sahaja, malah dalam seluruh sistem perubatan alternatif atau komplimentari. 

  Keseragaman dalam mempraktikkan amalan dan modul pembelajaran (serta kelulusan) yang standard tidak dapat dilaksanakan bukan sahaja di kalangan ahli yang berdaftar dengan MHKM, malah lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berada di bawah persatuan yang tidak menyertai gabungan.

  Selepas usaha beberapa pihak untuk menggabungkan kesemua persatuan homeopati di Malaysia gagal disebabkan hanya dua sahaja persatuan yang bersatu atas nama Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia, maka satu usahasama telah dibuat di antara wakil-wakil persatuan homeopati dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencari titik pertemuan. Di samping itu, mereka juga menyampaikan hasrat ketidak-sesuaian apabila homeopati digabungkan bersekali dengan refleksologi, chiropractic, akupunktur, herba dan sebagainya.

Penubuhan MPHM

  Dengan itu, pada 21 Januari 2001, sebuah majlis baru telah dirasmikan penubuhannya. Inilah yang kita kenali hari ini sebagai Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM). Gabungan baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Hj. Sulaiman Mohamad.

  Dalam ucapan Dato’ Seri Dr. Hj. Sulaiman Mohamad ketika merasmikan Mesyuarat Agung pertama MPHM di Hotel City Villa, Kuala Lumpur, beliau menasihatkan para pengamal homeopati supaya menjalin hubungan baik di antara ahli dan persatuan.

  Katanya, memimpin persatuan haruslah mengecilkan jurang perselisihan antara ahli-ahlinya, sambil mengutamakan kemajuan persatuan yang dipimpin. Ahli-ahli pula bertanggungjawab memilih jawatankuasa di kalangan orang yang benar-benar berwawasan.

  Di peringkat awal penubuhan itu, kesemua enam persatuan yang bergabung telah memberikan komitmen yang jitu. Persatuan yang dimaksudkan termasuk Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputra Malaysia (PPHBM), Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (3PHBM-MRHP), Persatuan Doktor Homeopati Malaysia (PDHM), Persatuan Iktisad Homeopathy Malaysia (POLYCREST) dan Persatuan Sains Perubatan Homeopathy  dan Pengkaji Penyakit secara Homeopathy Melaka (PSPH).

  Di dalam senarai jawatankuasa yang dipimpin oleh Presiden pertamanya, Dr. Mohamed Hairudin B. Abdul  Hamid termasuklah: Dr. Zuharni Bin Abdul Ghani (Tim Pres), Prof. Dr.Nik Omar Bin Nik Daud (N. Pres 1), Prof.Dr.Ali Bin Talib (N. Pres 2), Dr. Ungku Mohd.Noor B.Ungku Mahmood (s/u agung) dan Dr.Haji Mohamed B.Mohd.Noor (Bendahari).

Matlamat

  Di antara matlamat badan payung Majlis Perubatan Homeopati Malaysia ialah:

  • Untuk menetapkan garis panduan pendaftaran, setiap pengamal perlu mempunyai kelayakan dalam bidang ilmu perubatan homeopati yang diiktiraf oleh Badan Induk dengan pengawasan oleh pihak Kementerian yang berkenaan.
  • Untuk pengamal mengikut syarat dan tatasusila dalam etika perubatan supaya mudah dikawal kegiatan mereka dan bertanggungjawab di atas segala aktiviti pengamalannya terhadap pesakit-pesakit mereka.
  • Untuk sistem perubatan homeopati dapat melaksanakan perkara yang tersebut di atas dan menjadikannya satu kerjaya yang dihormati, serta pelajar-pelajar baru akan mempunyai keyakinan dalam memilih bidang perubatan homeopati.
  • Seterusnya kita dapat membentuk satu profesion yang setanding dengan profesion lain malahan bersedia membuat penyelidikan dan meneroka kaedah-kaedah baru dalam memperbaiki lagi sistem perubatan homeopati agar menjadi lebih maju serta dapat menjadi pelopor homeopati moden dalam dunia ini.
  • Untuk meningkatkan mutu dan imej profesional Pengamal Perubatan Homeopati di negara ini.
  • Untuk memastikan pendaftaran semua Pengamal perubatan Homeopati dan mengemaskini pendaftaran dari semasa ke semasa.
  • Untuk merancang perkembangan kerjaya Pengamal Perubatan Homeopati.
  • Untuk menyediakan peraturan dan syarat bagi Pengamal Perubatan Homeopati Warga Asing yang hendak mengamalkan rawatan Perubatan Homeopati di Malaysia.
  • Untuk menentukan kedudukan Pengamal Perubatan Homeopati yang tiada kelayakan pendidikan secara formal (Kumpulan ini akan diberikan latihan dan pendidikan lanjuran supaya mereka akan menjadi Pengamal Perubatan Homeopati yang berkelayakan nanti)

Perselisihan dan Perkembangan

  Pada tahun 2003, ketika Presiden Majlis yang baru dilantik iaitu Dr. Mohamed b Mohd Noor daripada PPHBM, perpecahan di dalam MPHM tidak dapat dielakkan lagi. Tiga persatuan telah mengambil jalan sendiri. Menurut Dr. Nik Omar di dalam laman(blog)nya, perpecahan itu adalah disebabkan oleh pegawai yang terlibat di dalam Majlis telah menyimpang daripada matlamat asal dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

  Kendatipun, homeopati terus berkembang di bawah payung MPHM ke arah memartabatkan perubatan homeopati menerusi konsep kerjasama dengan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada waktu sama, kita tidak menafikan kemajuan yang dibawa oleh persatuan lain yang tidak bernaung di bawah MPHM melalui kaedah masing-masing.

Namun hingga ke hari ini, adalah jelas sekali bahawa Presidennya yang terkini Dr. H. Zainul Azmi Ahmad masih terus memberi komitmen terhadap janji dan perubahan yang dijangka akan dibawa oleh T&CM dan Kementerian Kesihatan.

Polisi dan Dasar

Justeru, dinyatakan di dalam laman mphm.org.my, tentang polisi dan dasarnya seperti berikut:

AMALAN HOMEOPATHY

Homeopathy yang diamalkan di Malaysia adalah seperti mana yang diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann serta pengamal homeopathy yang sealiran dengan beliau dan juga konsensus Badan Homeopathy resmi antarabangsa.

Adapun amalan perubatan yang dikaitkan dengan homeopathy seperti homeopuncture bukanlah amalan homeopathy tulen.

PUSAT PENGAJIAN HOMEOPATHY

MPHM bukanlah badan yang dilantik oleh pihak kerajaan untuk mengiktiraf mana-mana pusat pengajian Homeopathy sama ada dalam atau luar Negara.

Badan yang dilantik oleh kerajaan untuk tujuan ini ialah Malaysian Qualifying Agency (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia – Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat pengajian homeopathy tempatan mestilah berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan mendapat akreditasi daripada MQA sebelum menawarkan kursus homeopathy.

MPHM hanya akan mengiktiraf pusat pengajian homeopathy yang diiktiraf oleh MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi sahaja

KEPERLAUAN MENJADI AHLI MPHM

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan, Bahagian Perubatan Tradisonal Dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai badan pengamal telah menjelaskan

“Selaras dengan keperluan Akta BPTK yang akan di kuatkuasakan, setiap pengamal perlu mendaftar diri mereka dengan badan pengamal yang dilantik sebelum membuat pendaftaran dengan KKM.”

Oleh kerana MPHM adalah Badan Pengamal Yang Dilantik oleh KKM untuk pengamal homeopathy, adalah wajar bagi seorang pengamal homeopathy berdaftar dan menjadi ahli MPHM.

KELULUSAN PENGAMAL HOMEOPATHY

Sebelum Rang Undang-undang Perubatan Tradisional Dan Komplementari (RUU PTK) diluluskan oleh parlimen, pengamal homeopathy yang sedang menjalankan praktisnya secara sepenuh masa atau sambilan di premis homeopathy boleh berdaftar dengan e-pengamal Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kelulusan homeopathy yang mereka miliki sekarang sama ada peringkat sijil, diploma, ijazah atau selainnya dan daripada pusat pengajian homeopathy tempatan atau luar Negara walaupun tidak diiktiraf oleh Negara di mana kelulusan itu di keluarkannya.

Pengamal homeopathy yang mendapat no rujukan selepas berdaftar dengan e-pengamal layak untuk menjadi ahli MPHM dan mendapat Sijil Amalan Tahunan(SAT).

Selepas RUU PTK menjadi akta, pengamal homeopathy yang sudah mendapat no rujukan E-pengamal dan berumur kurang dari 50 tahun semasa akta ptk di kuatkuasakan serta memiliki kelulusan homeopathy daripada institut pengajian homeopathy yang tidak diiktiraf daripada pihak kerajaan layak menduduki Peperiksaan Kelayakan Kebangsaan Untuk Pengamal Homeopathy (National Qualifying Examination for Homeopathic Practitioners).

Lulusan PKK ini akan diberi pendaftaran penuh oleh KKM

 Perkembangan Mutakhir

  Mengikut bulletin BPTK, sebuah lagi persatuan homeopati menyertai MPHM pada tahun 2008. Persatuan baru itu ialah Persatuan Homeopathy Dan Biokimia Malaysia (PHDBM). Namun setakat ini di dalam senarai persatuan dalam laman web MPHM, persatuan ahli terdiri daripada PPHM, PPHBM, Polycrest and PPHS.

  Jika ditinjau tentang kerjasama bagi mendapatkan akreditasi, proses itu telah diikuti oleh MPHM mengikut kemampuan dan rentak KKM dan keperluan Kementerian Pengajian Tinggi, yang mana ini tidak disertai oleh persatuan homeopati di luar daripada MPHM yang bergerak secara sendirian.

  Pada 30 Mac 2009, MPHM telah menganjurkan Seminar Ke Arah Pengiktirafan Pengajian Homeopati Di Malaysia dengan kerjasama Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM, Wakil National Council For Homeopathy (Govt of Pakistan), Cyberjaya University College of Medical Sciences dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kem. Pengajian Tinggi.

  Pada 9 November tahun yang sama sebuah akhbar arus perdana, Berita Harian, telah menyiarkan artikel mengenai kesediaan CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Science)  menawarkan ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati (Bachelor of Homeopathic Medical Science [Honours]). Suatu berita yang dinanti-nantikan justeru persatuan-persatuan homeopati secara sendirian tidak mampu menyediakan dana bagi mendirikan institusi yang disyaratkan oleh Kementerian.  

  Kemudiannya, pada 16 Disember 2009, CUCMS dan MHKM juga terlibat dalam Hari Bertemu Pelanggan sempena Ulang Tahun ke 5 BPTK di Dewan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemenari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur. Di majlis berkenaan, para pengunjung diedarkan dengan pamflet modul-modul kursus yang perlu diambil oleh mahasiswa perubatan homeopati di CUCMS apabila ianya bermula.

  Seperti dilaporkan oleh The New Straits Times pada 18 April 2010, akhirnya MPHM (Malaysian Homeopathic Medical Council)  telah menandtangai MOU (Memorandum of Understanding ) dengan Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) bagi memulakan arena baru dalam dunia pendidikan homeopati. Presiden CUCMS telah diwakili oleh  Datuk Prof. Dr. Abu Abdullah, sementara Dr. H Mohamed Mohd Noor selaku Penasihat Majlis telah mewakili Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).

  Keputusan CUCMS itu bertepatan kerana sistem perubatan homeopati sememangnya diiktiraf dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dunia. Dilaporkan bahawa Dekan Fakulti, Dr. Ahmad Asmadi Yusof memaklumkan kesediaan CUCMS menawarkan kursus ijazah Bachelor of Homeopathic Medical Science (BHMS) adalah kerana ia merupakan amalan perubatan yang sudah tersebar luas di dunia hari ini dan orang awam harus mendapat khidmat rawatan yang lebih berkualiti.

  Sungguhpun tidak semua pengamal atau persatuan homeopati merestui perkembangan terbaru, usaha-usaha kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan CUCMS tetap diteruskan oleh MPHM. Tanpa sokongan semuapun, majoriti pengamal yang bernaung di bawah MPHM telah memberikan sokongan padu apabila seminar 1st International Homeopathy Conference di PWTC, Kuala Lumpur (Malaysia) pada 15 – 17 Julai 2011 baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa.

  Demikian teraju dan peranan MPHM dalam rangka usahanya menegakkan homeopati supaya seiring dengan kemajuan perubatan arus perdana.

 

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy Kebangsaan

Raya Idul Fitri 2011

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 6 Sept. 2011