![]() |
THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001 Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com. Hubungi segera: 013-980 2991 "Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|
| LAMAN UTAMA |
PENJELASAN POLEMIK SEJARAH |
|
|
14 Sept 2011 |
Sept |
|
|
|
Jika anda tidak memahaminya, mungkin boleh selak balik cerita asal mengenai kenyataan profesor kita mengenai sejarah, meskipun ketika di bangku sekolah dahulu kita selalu diajar dalam sejarah bahawa British itu penjajah. Sayapun terpegun mendengar ulasan profesor kita yang disokong pula oleh 2 orang profesor yang lain bahawa kini British bukan lagi penjajah. Anih dan pelik. Itulah sejarah bila dilihat dari sudut politik. Isu sebenar berpunca apabila Prof Zainal Kling bercakap dalam sidang media di Putrajaya, dan beliau berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah. Katanya, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Dan ulasan sinis daripada Tuan Guru sebagaimana disiarkan oleh MalaysiaKini: "Tadi ditanya oleh wartawan apa
pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu
tidak pernah dijajah. "Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa." "Beza antara konsep-konsep itu tidak
jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait
settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau
antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak."
"Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan." Dan cukup kalau kita petik saja kata-kata beliau yang akhir seperti, "Kesilapan Zainal dan Khoo (kiri) adalah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu." "Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar,
untuk apa kita sambut merdeka?" Demikian ulasan Prof Aziz Bari sebelum disindir Tuan Guru. Tahniah buat tuan-tuan yang membetulkan sejarah. Kami petik di sini untuk kita fikir-fikir bersama. Berfikir secara sihat itulah jalan terbaik. Dahulu sahabat tabligh kata "berfikir sejenak lebih baik daripada dunia dan seisinya".
- Admin drhatta.com.
HTML Comment Box is loading comments...
|
|
Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre
Updated: 14 Sept . 2011