LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

DATO RAHMAN CEO RAHMAN BROTHERS MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI KMS

29 Sept 2011

Okt

 

Pada hari ini, konsultan kami berkesempatan hadir pada suatu majlis meraikan pelajar-pelajar A-Levels yang tamat belajar dan menerima sijil masing-masing di Kolej MARA Seremban (KMS). Pelajar-pelajar itu bakal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara awal tahun 2012.

  Menarik untuk dilaporkan ialah kerana kolej berkenaan telah menjemput seorang usahawan Melayu yang berjaya dalam meneroka alam perniagaan yang mencabar bagi merasmikan upacara penyampaian sijil itu. Beliau yang dimaksudkan itu tidak lain daripada seorang bekas pegawai polis yang dikenali sebagai Dato' Hj. Abdul Rahman Hj. Ibrahim.

  Menyingkap sejarah mula beliau berniaga, katanya, beliau mula berniaga dengan menempuh ranjau dan duri bermula daripada bawah. Pada asalnya belaiu bertungkus-lumus menjual karpet, berniaga kecil-kecilan di pasar malam, menjual dari rumah ke rumah pada tahun 1975 di Johor Bahru. Kemudian beliau terlibat dalam usahaniaga menjual kereta terpakai dari Singapura ke Johor Bahru dan serata bumi Malaysia.

  Beliau merupakan orang yang bertanggunjawab menubuhkan KUMPULAN RAHMAN BROTHERS SDN BHD atau KRB. KRB adalah syarikat induk yang menerajui 17 subsidiari perniagaan yang terlibat dalam pelbagai bidang teroka bisnes.

Gambar atas: Dato' Hj. Abdul Rahman Hj. Ibrahim bersama Dr. Syed Anwar Aly Mohamad Abu Bakar, Pengarah Kolej MARA Seremban.

 

 

Gambar sebelah: Sehabis majlis, Dato' Hj. Abdul Rahman Hj. Ibrahim diiring keluar bersama isteri pertamanya. Beliau juga telah bergambar kenang-kenangan bersama beberapa orang pelajar dan ibu bapa di kawasan majlis berkenaan.

  Beliau dengan murah hati telah berkongsi pengalaman beliau bersama sekalian hadirin, khususnya para pelajar bagi tujuan mendidik mereka ke arah kecemerlangan.

  Di antara pesanan beliau bagi mereka yang ingin berjaya dalam segenap bidang terutama keusahawanan ialah: (i) Mesti mempunyai visi yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai 10 tahun lagi (ii) Harus ada keberanian hidup. Iaitu berani berusaha mengambil risiko dan mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan. (iii) Seorang itu harus ikhlas dalam tindakannya (iv) Mesti berdedikasi dan berdisiplin; dan akhirnya (v) Gerak laku minda yang fokus terhadap apa yang hendak dilakukan.

  Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya berusaha membayar balik semua pinjaman pelajaran yang diperoleh, sementara itu pula sebagai ibu bapa kita harus jangan memberi kemewahan kepada anak-anak kerana itu akan menghancurkan mereka kelak. Jelasnya dengan yakin, "kesusahan banyak mengajar saya untuk hidup berjaya".

  Akhir sekali, suatu kata-kata yang tidak harus dilupai oleh mereka yang ingin mengejar cita-cita menjadi jutawan ialah: Rezki itu merupakan pemberian Allah Ta'ala. Yang kita beri (sadaqah) itulah hak kita. Yang kita simpan itu sebenarnya hak orang lain.

  Dengan kata-kata hikmat itu, kami yang hadir merasakan amat beruntung berada dalam majlis berkenaan.

.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

Isu Bank (& Mahkmah) Lagi

Gaji Naik

Sept

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

Ogos

ISLAMKAH BANK

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 29 Sept . 2011