Special Report

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2011 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Laman Utama :

RAYA DI DEWAN AUCMS, MEDICAL ACADEMIES OF MALAYSIA, JALAN TUN RAZAK: Bersama "Hanafiah Yunus" & Duta AUCMS.


 Pada hari Selasa 27 September 2011, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka AUCMS di Medical Academies of Malaysia Building Hall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Di sini buat kali kedua, kami telah bertemu dengan usahawan dan penyanyi nostalgia 1970an, iaitu Tn Hj Hanafiah Yunus. Beliau merupakan peserta Bakat TV 1971 bersama Jamali Shadat dan Salamiah Hassan.

Dalam majlis itu kami sempat mengungkap kisah-kisah lama di mana beliau telah memasuki pertandingan Bakat TV itu dengan berdepan rakan-rakan daripada pelbagai kategori bakat. Beliau juga dilaporkan pernah terlibat sebagai hos Dendang Remaja TV dan menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur.

Hadir bersama dalam majlis yang meriah semalam ialah isterinya, iaitu Rohani Aziz yang merupakan penyanyi popular pada masa itu. Beliau pernah juga berpeluang mengacarakan rancangan Sirih Pinang bersama isteri yang mana usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 38 tahun.

Meskipun beliau minat menyanyi, tetapi apabila beliau mengorbankan kareer itu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, nampak jelas beliau juga berjaya dalam bidang yang mencabar itu.

Dalam majlis itu beliau sempat menyanyi secara solo, berduet dengan Ybhg Datuk Zainuddin Wazir, Presiden AUCMS dan juga bersama isterinya mendendangkan lagu "Endless Love".

Untuk view lagu ini sila klik: http://www.youtube.com/watch?v=DzHNmdLe5NM

Kami juga dihiburkan oleh lagu-lagu Hari Raya daripada Duta AUCMS yang merupakan enam artis bekas bintang Akademi Fantasia. Mereka ialah Khai, Rosma, Salima dan Aliff Razali serta pelakon Zuraini Kassim.

Menurut Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Wazir, artis-artis itu dipilih berdasarkan amalan gaya hidup sihat yang ditonjolkan mereka selain tujuan AUCMS membawa mereka untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar kolej perubatan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Langkah berani yang diambil oleh AUCMS itu adalah kerana ingin menonjolkan artis yang mampu memberi kesan positif kepada cara hidup serta menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan sekolah menyertai AUCMS.

Menurutnya juga, imej bersih yang dibawa kesemua artis itu juga membolehkan mereka menjadi idola kerana mereka akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pelajar di kampus.

Oleh kerana agak terhibur dengan persembahan dan juga perbualan yang menyeronokkan serta bermanfaat itu, kami tidak sedar bahawa masa sudahpun hampir jam 6.30 petang apabila kami memohon izin untuk pulang. 

 

Rakan kami, Dr. Saidah, Nur Faezah dan NurPahima mengambil kesempatan bergambar dengan penyanyi veteran.

  Isterinya di meja hadapan ketika Tn Hj Hanafiah mempersembahkan sebuah lagu.
   

 (28/09/11)

Rahman Brothers

RAYA DI AUCMS

Isu Kembali Dara

Cek Klon-Rebah lagi

Profesor Tidur

Foska Tulang

Tanah Untuk Disewa

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Bapa Homeopati

Majlis Homeopathy

Raya Idul Fitri 2011

ISLAMKAH BANK

 

 

Sebuah lagu daripada Tn Hj Hanafiah

Tn Hj Hanafiah berduet bersama Datik Zainuddin.

Lima daripada enam Duta AUCMS: Khai, Rosma, Salima dan Aliff Razali serta pelakon Zuraini Kassim.

Empat daripada enam Duta AUCMS yang sudi memberi posing istimewa.

 Rakaman gambar kenangan Majlis Rumah Terbukla AUCMS sempena Aidil Fitri.

 

 

HTML Comment Box is loading comments...

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2011