|
|
HBI
HEALTH & HOMOEPATHY CENTRE
|
|
|
|
Prakata
Segala puji bagi Allah s.w.t yang
memerintah sekelian alam, dan salawat serta salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya. Ilham untuk menghasilkan buku ini bermula setelah
saya selesai kursus Diploma Homeopati pada akhir tahun1993. Untuk mencapai
tujuan itu, saya telah menyumbangkan banyak masa dan tenaga merujuk kembali
nota-nota kuliah dan buku-buku homeopati. Matlamat utama hasil tulisan ini diterbitkan
adalah agar setiap lapisan masyarakat yang ingin mendekati rawatan alternatif
mendapat ilmu dan gambaran lebih jelas mengenai sistem perubatan homeopati.
Penerbitan buku "Perubatan Homoeopati" ini juga boleh dianggap
sebagai usaha menyambut ucapan Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy yang inginkan
agar ilmu perubatan homeopati menjadi "pusaka kekal buat negara
merdeka". Semoga ilmu ini terus berkembang dan mendapat sambutan yang
lebih positif. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hp.
Anis Fatmawati bt Che Ahmad (PHM Kota Bharu) kerana telah sudi menyemak dan
memberi saranan-saranan yang membantu memperkemaskan lagi naskah asal. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang secara langsung atau
tidak langsung turut memberi kerjasama ke arah menghasilkan kejayaan ini. Buku ini memanglah
tidak lengkap sepenuhnya. Tetapi di tengah-tengah ketandusan buku-buku
homeopati dalam Bahasa Malaysia, ia mungkin boleh dijadikan bahan rujukan
perlbagai pihak, termasuk pelajar-pelajar homeopati dan para intelek. Sebarang kekurangan dan kesilapan yang terdapat
di dalam buku ini adalah daripada kelemahan saya sendiri. Saya mengalu-alukan
setiap kritikan membina daripada pembaca. Harapan saya hanya agar kualiti
keseluruhannya dapat dipertingkatkan lagi. Insya Allah. Salam hormat dan
ikhlas, Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD KMB,
Banting, SDE. 10 Disember
1996 bersamaan 29
Rajab 1417 |
|