Laman Lokasi Melancong
 

Kami sekeluarga berjalan-jalan di pinggiran laut Teluk Cempedak menyusuri jambatan yang disediakan.

 

 

Sewaktu cuaca mendung, kami berjalan-jalan dan mengambil foto masjid Sultan Ahmad Shah 1 ini.

JOM MELANCONG KE KUANTAN

 Kuantan merupakan suatu bandar yang unik, terletak di tepi Sungai Kuantan. Bandarnya menghadap ke arah Laut China Selatan, seperti juga Kuala Terengganu. Jika kita menyeberangi jambatan yang berada berhampiran dengan bandar Kuantan, kita boleh ke Tg Lumpur, di mana jalannya menghubungkan Kuantan dengan bandar Di Raja, Pekan.

  Kuantan juga dikatakan sebagai bandar yang berada di tengah-tengah di antara jarak Kota Bharu ke Johor Bahru atau Singapura. Akhir-akhir ini, Kuantan dianggap sebagai suatu pusat bandar yang tumbuh dengan cepat. Ia bakal menjadi hab komersial, ekonomi dan sosial yang menarik ramai orang. Di antara projek-projek yang telah dibangunkan ialah Dataran Putra, Resort Bukit Gambang, Kuantan Sentral serta Bandar Pelabuhan Kuantan.

  Jumlah penduduk Kuantan adalah sekitar 600,000 orang. Daripada jumlah itu, 57% adalah berbangsa Melayu, 32% China, 4% Inda dan 7% terdiri dari kaum-kaum lain termasuk orang asli. Mengikut World Gazetteer, jumlah penduduk Kuantan meningkat pada kadar yang agak tinggi iaitu 3.88% setahun.

  Industri pembalakan memainkan peranan penting dalam ekonomi di sini. Begitu juga industri berat, nampaknya kian berkembang. Ini jelas apabila kami melalui perjalanan menuju ke bandar Pekan. Tetapi peningkatan para pelancong mewujudkan hasil yang dijangka semakin memberangsangkan juga. Di sini, kraf tangan, batik, ikan masin dan keropok adalah antara barang-barang yang menarik perhatian pelancong.

. Di sini kami sempat berkunjung ke Teluk Chempedak. Beberapa gambar di sini kami paparkan bagi menunjukkan keindahan pantai yang masyhur di kalangan pelancong. Bagaimanapun, ada juga pantai-pantai lain yang menarik seperti Batu Hitam, Balok, Chenor, Pantai Sepat dan Beserah. Juga antara yang terkenal di kalangan pelancong ialah Pantai Cherating. Di sana, kita dapati lebih banyak pilihan untuk mereka yang gemar membeli keropok.

  Di bandar Kuantan, terdapat beberapa hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang. Selain itu, terdapat juga hotel bajet yang murah. Antara yang terkenal bagi pelancong ialah:

Hotel Grand Continental Jalan Gambut, Kuantan - 09-5158888

Hyatt Regency, Telok Chempedak, Kuantan - 09-518-1234

Vistana Hotel, Jalan Teluk Sisek, Kuantan - 09-5178000

Hetel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek, Kuantan - 09-5136666

M S Garden, Lot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, Kuantan - 09-5177899

Mega View Hotel, 567 Jalan Besar, Kuantan - 09-5171888

Hotel Suria, KM 32.5 Jalan, Kuantan - 03-7806-4752

Holiday Villa, Cherating, Lot 1303 Mukim Sungai Karang

Zenith Hotel, Jalan Putra Square 6, Putra Square, Kuantan
03-5621-2955

Hotel Grand Continental Kuantan, Pahang, Malaysia.

  Ada banyak lagi hotel yang tidak disenaraikan di sini. Beberapa kali kami pergi ke Kuantan, selalu bertukar-tukar hotel. Dulunya kami gemar tinggal di Shahzan Inn, justeru ianya amat hampir dengan masjid Kuantan. Kemudian kami kerap-kerap juga ke Hotel Grand Continental. Akhir-akhir ini kami singgah saja di Seasons View kalau ingin menginap dalam bilik yang luas dan selesa. Walaupun hotel yang terakhir itu agak kecil, 4 tingkat sahaja, tetapi ruang biliknya sangat besar dan selesa. Di sekitarnya banyak tempat makan.
   
Hotel Shahzan Inn di Jalan Utama berhampiran masjid negeri.   Foto Hotel Seasons View tempat kali terakhir kami menginap.   Padang Bola di tepian masjid berhampiran Hotel; Shahzan.

Selain melawat ke destinasi pelancongan, jangan sekali-kali lupa ke Tg Lumpur untuk merasa makanan laut (Thai seafood) istimewa. Di Kuantan terdapat kemudahan-kemudahan seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan, International Islamic University Malaysia, Kuantan Medical Centre, Kuantan Specialist Hospital dan Darul Makmur Medical Center. Pada masa depan akan dibina pula Hospital untuk pelajar perubatan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Indera Mahkota dan Hospital KPJ di Tanjung Lumpur.

  Selain UIAM, terdapat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), dan Kolej Komuniti Kuantan. Juga boleh didapati:

  • Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS)
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kolej ShahPutra Kuantan
  • Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota
  • Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) College
  • Institut ECMA
  • Institut Saga
  • Institut Teknologi MIDAS
  • Olympia College
  • Kolej PSDC
  • Kolej Teknologi Cosmopoint
  • Kolej Strategi (Strategy College)

  Ingin mengetahui program dan tempat-tempat menarik secara lebih lanjut, anda boleh hubungi :  Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, B 8006, Tingkat 1-3, Seri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek
25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR, Tel : 09-517 1111 / 09-517 1112, Faks : 09-514 6900.

 Nota:

   http://www.motour.gov.my/bm/hubungi-kami/pejabat-negeri.html

   http://en.wikipedia.org/wiki/Kuantan


 

copyright 2011 HBI Health & Homoeopathy Centre