|
|
|||||||||||||||
|
JOM MELANCONG KE KOTA KINABALU
Pertama kali saya melawat Kota Kinabalu (atau "KK") ialah pada bulan Januari 2011. KK ialah ibu negeri Sabah. Nama bandar Kota Kinabalu diambil sempena nama gunung tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Ia terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, dan merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Sejarah: Semasa pemerintahan British di negeri Sabah, ia dikenali sebagai "British North Borneo". Pusat pemerintahan pada waktu itu ialah Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sebagai memperingati nama Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.
Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 652,000 orang pada awal tahun 2010 (berbanding 300,000 orang sebelumnya) juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah. Jumlah penduduk jika termasuk kawasan Putatan dan Donggongon, pastinya akan melebihi 900,000 orang. Ini bermakna Kota Kinabalu merupakan bandaraya ke enam terbesar di Malaysia.
Populasi bandar KK ini
terdiri daripada berbagai kaum dan etnik. Kaum yang utama di bandar ini
ialah Melayu, Kadazan, China dan Bajau. Kebanyakan kaum China tinggal di
Luyang, Kadazan di Panampang dan Bajau di Likas, Sembulan dan Di persekitaran bandar raya, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Yang untungnya ialah kebanyakan tempat-tempat itu boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki. Ini termasuk WaterFront, Pasar Filipina dan tapak Pasar Malam. Yang jauh sedikit bolehlah dilawati dengan menaiki bas atau teksi.
Di antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah:
Mereka yang ingin melawat Kota Kinabalu tidak akan kekok kerana majoriti penduduk KK boleh berbahasa Melayu dalam loghat Sabah. Pelancong asing boleh menggunakan bahasa Inggeris. Kemudahan untuk memasuki Kota Kinabalu semakin mudah dengan adanya pelbagai waktu penerbangan ke negeri ini, khususnya daripada MAS dan AirAsia. Anda akan terus berada di KK sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu International Airport, atau di terminal LCC. Justeru, industri pelancongan kian meningkat dengan cepat. Jika ke Kota Kinabalu, pilihan tempat menginap agak banyak, seperti:
Oleh kerana ramai penduduknya beragama Islam, semua pelancong tanpa mengira agama tidak sukar untuk mendapatkan makanan dan kemudahan restoran. Jom lawati KK sebagai salah satu destinasi pelancongan. Khususnya di bulan-bulan yang ada aktiviti kebudayaan. Untuk mengetahui program kebuadayaan di sana, boleh hubungi web: http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/about-sabah/ atau http://kepkas.sabah.gov.my/home atau bertanya di Kementerian Pelancongan, Tingak 5 Blok A, Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, 88300 KOTA KINABALU. Sumber: http://www.thefullwiki.org/Kota_Kinabalu http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/pelancongan.htm http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/destinasi/81-bersiar-siar-di-kota-kinabalu/ http://kepkas.sabah.gov.my/index.php
|
||||||||||||||
copyright 2011 © HBI Health & Homoeopathy Centre