![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||
|
BERSIH DALAM URUSNIAGA DAN PERUNDANGAN |
Admin: |
|||||||||||||
|
Meskipun demonstrasi Bersih 3.0 sudah berlalu, namun apa yang berlaku akan terakam dalam kamus sejarah tanah air. Sama ada ia membawa implikasi positif atau sebaliknya bakal kita lihat kemudian Bersih kali ini mengilhamkan kepada saya untuk memperkata sedikit tentang isu yang baru saya dan isteri selesaikan, iaitu hutang (kalau boleh diibaratkan hutang) Bank Islam yang berpunca daripada jenayah pengklonan cek. Dengan terlunasnya hutang itu (oleh semua pemegang akaun yang terlibat dalam urusniaga), Bank Islam tidak lagi mengalami sebarang kerugian. Dulu Akaun Kerajaan Negeri Pahang kehilangan wang kerana telah didebitkan oleh Bank Islam secara salah (justeru tidak dapat mengecam sama ada cek itu benar atau palsu). Apabila Perdana Menteri campurtangan ketika isu pengklonan cek Maybank pada tahun 2002/3, Bank Islam Malaysia Berhad turut mengalami impak dan terpaksa membayar balik kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang. Bank Islam rugi, tetapi hanya sedikit dan sekejap sahaja. Dengan bayaran daripada kami yang kini melunaskan sebanyak RM63,170 pada akhir April 2012, kami percaya selesailah kerugian yang ditanggung oleh Bank Islam. Adalah dipercayai kes kami merupakan kes terakhir ditangani oleh pihak Bank justeru sepanjang kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Sesyen, ia tidak pernah memihak kepada Bank. Dalam banyak perkara teramat banyak tolak-ansur dan keprihatinan diberikan oleh Mahkamah kepada Bank. Malah terlalu banyak rayuan plaintif dibuat (akibat kecuaian dalam pendakwaan dan fakta) di mana jika kes ini berlaku (atau didakwa oleh) di kalangan rakyat marhaen, sudah lama kes ini dibuang. Kami terfikir untuk apa kami perlu bayar? Yang untung hanyalah penjenayah pengklonan cek. Itu sudah pasti. Kami adalah mangsa yang dipergunakan. Akaun Kerajaan Negeri Pahang adalah mangsa dan target dalam jenayah itu. Bank Islam adalah medium kerana cek-ceknya mudah ditiru dan sekuritinya mendukacitakan justeru setahun sebelumnya cek-cek mereka pernah diklonkan. Apabila ditimbang-timbang, berikut adalah senarai yang dapat kami senaraikan. Bayaran itu adalah untuk: 1. Kecuaian kami dalam melakukan urusniaga. Kerana tidak dapat mengecam orang yang ingin berurusniaga, maka kami terperangkap menjadi mangsa dan orang tengah dalam penunaian cek. Bukan saja kerugian wang, malahan masa, emosi dan tenaga semuanya mengalami impak yang besar dan teruk. 2. Kecuaian dan kegagalan sistem perbankan dalam menjamin sekuriti sistem perbankan (Isu: Bagaimana cek boleh betul-betul sama? Bagaimana no akaun Kerajaan Negeri pahang boleh terdedah kepada pihak luar? Bagaimana nombor-nombor siri cek yang telah ditunaikan dan belum boleh diketahui oleh penjenayah? Apakah cek bank itu dicetak dengan kilang yang boleh dipercayai? Bagaimana stamping dan tandatangan betul-betul sama atau boleh mengelirukan? Apakah pegawai atau pekerja bank mungkin bersekongkol?) 3. Kecuaian Kerajaan Negeri Pahang. (Isu: Bagaimana tandatangan individu yang berkuasa menandatangani cek dapat ditiru? Bagaimana stamping pada cek boleh diplagiat? Bagaimana no akaun Kerajaan Negeri pahang boleh terdedah kepada pihak luar? Bagaimana nombor-nombor siri cek yang telah ditunaikan dan belum boleh diketahui oleh penjenayah? Apakah pegawai kerajaan mungkin bersubahat?) 4. Ketidak-kemaskinian sistem perbankan. Kes jenayah pengklonan cek yang berlaku pada tahun 2003 itu pernah berlaku di Bank Islam cawangan Banting setahun sebelumnya. Ia melibatkan seorang pengusaha kerepek bernama Hj. Jamaluddin. Apakah tindakan Bank Islam dalam meningkatkan sekuriti dan update sistem perbankan yang melibatkan cek dan sistem elektronik? Nampaknya seperti tiada apa-apa. Apakah tindakan Bank membakar semua cek yang didakwa tulen itu wajar (dengan menafikan mahkamah melihatnya) dan apakah tindakan itu kemaskini dengan keperluan semasa dan perundangan? 5. Bayaran untuk kesilapan dan ketidak-jujuran dalam perundangan. Isu: Bagaimana kes yang menang di mahkamah sesyen boleh kalah di mahkamah Tinggi? Bagaimana keputusan (atau laluan) yang berpihak kepada Bank boleh diberi oleh Hakim Mahkamah Tinggi tanpa merujuk kepada keputusan dan perbicaraan terdahulu? Bagaimana peguambela boleh menerima pelantikan sebagai panel Bank Islam dalam saat kes sedang dibawa ke Mahkamah tinggi? Apakah semua ketiga-tiga peguam yang diharapkan menguruskan kes ini mempunyai tarikan kepada ringgit sahaja? Mudah-mudahan artikel ini membantu kita semua berhati-hati terhadap semua yang berurusan dengan kita, tanpa mengira ianya ialah peniaga, ahli korporat, peguam, bank atau siapa saja. Mencari mereka yang benar-benar bersih memang sukar di akhir zaman ini. Kami hanya memohon keredhaan Ilahi. Ada hikmahnya di sebalik semua ini. Aamiin. Sekian. Wa Llahu 'alam. [10.30 mlm, 30 April 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.