![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||||||
|
GEMPA BESAR DI SUMATERA UTARA DAN AMARAN TSUNAMI |
||||||||||||||||||||
|
Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang ini, Rabu 11 April 2012. Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang. Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India. Indonesia mengeluarkan amaran tsunami terbaru susulan satu lagi gempa bumi 8.2 magnitud melanda barat laut wilayah itu. Demikian dilaporkan oleh KL-Today Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berpusat pada kedalaman 16km di dasar Lautan Hindi, kira-kira 615km dari wilayah Banda Aceh. Seorang pegawai yang hanya ingin dikenali sebagai Harjadi dilaporkan berkata berkata, amaran tsunami terbaru adalah untuk penduduk di kawasan berhampiran pantai. Ia termasuk kepulauan Sumatera dan Kepulauan Mentawai. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Baru sekejap tadi, dilaporkan kembali bahawa Agensi Meteorologi,
Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami di
Aceh mulai jam 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia) berikutan gempa
berskala 8.9 Richter, petang tadi. Wa Llahu 'alam. [11.40 mlm, 11 April 2012] - Admin Dr.Hatta.com |
|
||||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.