LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

JANGAN DEGIL DALAM AMALKAN RAWATAN

Admin:

 
2012

April 12

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

 

Dalam mana-mana sistem rawatan, ego dan taklid terhadap sistem rawatan yang diamalkan itu merupakan punca utama kenapa rawatan sempurna tidak dapat disampaikan kepada pelanggan. Selain kedegilan itu timbul daripada pihak pengamal, demikian juga sama keadaannya di pihak pesakit.

  Sistem rawatan yang bersepah di seantero dunia ini merupakan hasil penemuan makhluk ciptaan Ilahi. Kerana ianya adalah hasil ciptaan ilmu manusia yang terbatas, tiada satupun yang lengkap. Tetapi yang pastinya setiap sistem rawatan itu ada kelebihannya.

  Dalam menghadapi situasi begini, setiap pengamal dan pesakit harus bersikap lebih terbuka dan bertolak ansur. Sekalipun Dr. Hahneman menegaskan bahawa sistem homeopati adalah yang terbaik, selari dengan tabii dan dapat membersihkan penyakit secara total, namun amalannya tidak semudah itu. Ada juga sudut-sudut kelemahannya, terutama apabila keberkesanan(ketepatan)nya banyak bergantung kepada ilmu dan keahlian pengamal.

  Demikian halnya dengan alopati. Ada banyak kelebihan dan keajaibannya di waktu-waktu tertentu. Lagipun ia mempunyai asas bukti yang kukuh. Tidak dapat dinafikan sistemnya berlawanan dengan proses kesembuhan tabii dan bersifat materialistik dalam pendekatan, namun ini tidak bermakna kita harus menolaknya secara total.

  Apabila rawatan dibuat bagi kes-kes kronik yang pada waktu sama adalah akut dan kritikal, kita harus melihat dari sudut kebajian pesakit. Justeru, apabila kita memberi rawatan kepada pesakit seperti kes asma akut dan darah tinggi, kita jangan lupa akan tindakan-tindakan pada saat kritikal dan kecemasan.

  Pesakit seumpama kes tekanan darah yang terlalu tinggi seperti sdr Zul semalam, telahpun diberi nasihat bahawa jika keadaan BPnya tidak turun dalam tempoh 24 jam atau 48 jam, beliau harus mengambil ubat-ubat yang disediakan dan disarankan oleh klinik alopati.

  Sekalipun beliau amat degil tidak mahu mengambil ubat alopati kerana tidak mahu bergantung kepada ubat sepanjang hayat, namun beliau tetap dinasihatkan berkompromi dengan sikap dan pendiriannya itu, sekurang-kurangnya pada waktu kritikal itu.

  Waktu kritikal  bukan sesuatu yang boleh dipermainkan oleh mana-mana pengamal. Benar sekali bahawa agak ramai pengamal yang bertegas supaya dihentikan serta-merta ubat alopati apabila sesorang pesakit ingin membuat rawatan, namun itu bukan pendapat semua orang. Ia juga bukan pendapat kami dan konsultan kami di HBI Health & Homoeopathy Centre.

   Hidup mati bukan di tangan kita manusia. Sama ada pesakit itu berada di tangan homeopati, alopati, rawatan herba, akupunktur, rawatan makhluk halus atau apa jenis rawatan sekalipun, pengamal itu tidak harus mendabik dada mempertahankan sistem rawatannya pada setiap ketika.

  Dalam kes penyakit kronik sebagai contoh: Memberhentikan serta-merta rawatan terdahulu harus mengambil-kira banyak perkara. Jika seseorang itu telah bertahun-tahun dalam rawatan alopati untuk asma atau dibetes, maka ubat-ubat yang diberikan selama ini walaupun tidak menyembuhkan tetapi membantu.

  Ubat-ubat itu boleh diibaratkan kayu yang menongkat pokok pisang yang akan tumbang. Jika dialihkan tongkat yang menyokong itu dan digantikan dengan baja, kemungkinan besar pokok itu akan tumbang.

  Harus dingat, jika kita hendak memberikan baja, tidak semestinya kita mesti terus mengalihkan tongkat penyokongnya. Kita berikanlah baja itu, sambil secara perlahan-lahan, berasaskan progres dan kemajuan kesihatannya, secara beransur-ansur kita renggangkan tongkatnya.

  Itulah amalan bijaksana dalam menangani kes. Bersikap bijaksana dan memilih jalan terbaik bagi membantu pesakit pada saat-saat diperlukan harus menjadi asas bagi mana-mana doktor maupun pengamal.

   Lupakan sebarang pertelingkahan, sebarang persaingan, apa-apa rasa dengki, ego dan kesombongan demi kebaikan pesakit yang sedang menderita risau dan sakit.

   Ini jugalah yang pasti dilakukan oleh Dr. Samuel Hahnemann jika beliau berada bersama kita di hari ini. Tetapi beliau adalah seorang yang jauh lebih bijak, matang dan berupaya berbanding pengamal-pengamal hari ini.

  Tentu ada kaedahnya. Tetapi kita.., haruskah kita terus berdegil dengan ilmu yang seciput dan mahu bertegas saja dengan kepercayaan kita biarpun keadaan sedang menguji kemampuan kita yang tak seberapa ini.

Wa Llahu 'alam.

[10.30 pg, 15 April 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.