![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||||
|
BERAS SINTETIK DARI CINA? |
||||||||||||||||||
|
Hari ini AsiaNews dan dipetik oleh KL-today.com memuatkan berita mengenai beras sintetik. Pesannya, berhati-hatilah jika membeli beras yang berasal dari China, kerana berdasarkan laporan sebuah media dari Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran. Beras palsu yang terbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, pada awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu memiliki zahir yang sama pada mata kasar, namun ketika dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna. Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dianggap sebagai punca beras ini dicipta. Menurut Asosiasi Restoran China, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu bakul plastik. Petugas berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan diatas laporan ini. China memiliki rekod keselamatan makanan yang sangat rendah, pada tahun 2008 sebanyak enam bayi meninggal kerana meminum produk susu formula mengandungi melamin. Plastik itu akan menjadi lebih buruk pada tubuh kerana ianya akan membuatkan kegagalan buah pinggang. Demikianlah al-Kisah barangan murah dari negara tanah besar China. Pen-drive murah, digital camera murah, blackberry murah, komputer murah dan pelbagai produk yang telah menjajah banyak negara semuanya murah. Hakikatnya juga, semua itu adalah tiruan, sintetik. Agak-agak sama tak kualitinya dengan ubat sintetik hari ini? Synthetic drugs yang amat popular dan digunakan oleh berbilion manusia. Selamatkah ia? Tidakkah dadah seumpama ini pernah dikritik berkaitan kesan iatrogeniknya? Apapun.. Entahlah. Tetapi mungkin kewujudan beras sintetik ini boleh membuat kita fikir tiga kali sebelum menggunanya secara berterusan atau untuk tidak terlalu bergantung kepada apa-apa yang bernilai sintetik.
Wa Llahu 'alam. [10.00 pg, 11 April 2012] - Admin Dr.Hatta.com |
|
||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.