![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||
|
MIGRAN - PENCEGAHAN DAN RAWATAN |
Admin: |
|||||||||||||
|
Di Malaysia, ramai di kalangan rakyat negara ini didapati mengalami masalah migran. Bukan rakyat negara ini saja, malah beberapa kali juga kami bersua dengan pendatang asing yang bekerja di sini menghidap sakit kepala kronik. Semalam The Inquisitr melaporkan 30 juta rakyat Amerika menghidapi migran dan di antaranya mengalami sakit kepala secara kerap. Seperti dilaporkan, memang benar bahawa pesakit ini kerap menderita serta mengalami sensitiviti terhadap bunyi, cahaya, sakit mencucuk atau berdenyut dalam kepala dan adakalanya mungkin juga timbul rasa loya. Sakit kepala sebegini boleh jadi begitu kuat sehingga pesakit merasakan tidak tertahan menanggungnya. Gangguan migran atau sakit kepala menyebabkan pesakit ingin segera ke klinik atau hospital, malahan merosakkan hari ceria seseorang kerana mereka tidak lagi dapat keluar mengambil angin atau melakukan aktiviti harian. Walaupun mungkin terdapat remedi atau ubat-ubat moden bagi mengatasi migran, namun kebanyakannya memberi sedikit kelegaan sahaja. Justeru, disarankan kepada pesakit agar memberi fokus kepada pencegahan berbanding mengambil ubatan. Menurut Dr. Stephen Silberstein, Pengarah Jefferson Headache Center di Thomas Jefferson University, Philadelphia (http://www.inquisitr.com/224399/migraines-prevention-the-best-treatment/):
Punca-punca zahirnya migran itu tidak jelas kepada para doktor, justeru mereka yang menyarankan rawatan pencegahan juga menyarankan supaya pesakit sendiri membuat diari peribadi, di mana pesakit hendaklah mengenalpasti apa-apa perkara yang menyebabkan timbulnya migran dan sakit kepala. Untuk tujuan itu, pesakit hendaklah merekod dan memerhatikan apa-apa yang dilakukan, yang dimakan, atau yang dialami dalam tempoh 24 timbulnya migran. Di situ, merka nanti akan dapat mengenalpasti apakah yang sebenarnya mencetuskan migran atau sakit kepala berulang itu. Di antara senarai faktor itu mungkin disebabkan oleh: kandungan tertentu dalam makanan, alergi makanan, dehidrasi (tidak cukup cecair di dalam badan), kurang tidur, cahaya terang (atau warna tertentu), terkejut dan stres, bunyi yang kuat atau berterusan, perubahan cuaca, kurang gula dalam darah dan juga perubahan hormon. (http://www.wikihow.com/Prevent-Migraines) Kami akan berusaha membincangkan secara lebih lanjut lagi mengenai isu ini dari segi rawatan alternatif, khususnya homeopati. Wa Llahu 'alam. [12.10 pg, 25 April 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.