Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 4 LAGI KEMATIAN AKIBAT DENGGI DI MINGGU KE 5

Pada petang 9 Feb semalam, Bernama dan My Metro melaporkan 545 kes demam denggi dengan empat kematian  disahkan bagi minggu kelima tahun ini dari 29 Jan hingga 4 Feb lepas. Ini merupakan peningkatan sebanyak 57 kes atau 12 peratus berbanding 488 kes dengan dua kematian pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

  Beliau berkata, sehingga kini terdapat enam buah negeri menunjukkan peningkatan kes demam denggi berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor yang meningkat kepada 20 kes (9 peratus), Kedah 19 kes (238 peratus), Kelantan 16 kes (114 peratus), Sarawak 15 kes (115 peratus), Johor 12 kes (57 peratus) dan Perlis mencatatkan satu kes (50 peratus).

  "Empat kes kematian akibat denggi yang dilaporkan minggu lepas melibatkan dua kes dari Selangor, satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu kes dari Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 

KES DENGGI DILAPORKAN DARI MINGGU 1 HINGGA MINGGU 5, 2012 (Data Kem Kesihatan Malaysia - Data mengikut Negeri boleh rujuk site KKM)

Bil. Kes di

Minggu 1 (1 7 Jan 2012)

 

Minggu 2 (8 14 Jan 2012)

 

Minggu 3 (15 21 Jan 2012)

 

Minggu 4 (22 28 Jan 2012)

 

Minggu 5 (29 Jan – 4 Feb 2012)

Jumlah Terkumpul kes denggi sehingga minggu 5 (4 Feb)

Malaysia

440

481

459

488

545

2413

Kematian

(1)

(1)

(2)

(2)

(4)

(10)

   Dr Hassan berkata pada tahun ini, bagi tempoh 1 Jan hingga 4 Feb sebanyak 2,413 kes demam denggi dilaporkan berbanding 2,457 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011.

  Pada tempoh tersebut, sebanyak 10 kematian akibat demam denggi (2012) dilaporkan berbanding lima kematian pada tahun 2011 dan negeri-negeri yang mencatatkan kematian tertinggi adalah Selangor iaitu lima kematian diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencatat sebanyak tiga kematian manakala Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes kematian, katanya.

  Seperti yang disebutkan sebelumnya (semalam), semua pesakit yang terlibat dalam kes kematian ini dikatakan mempamerkan simptom-simptom mengalami gejala demam dengan 2 simptom yang lain seperti sakit kepala, muntah, sakit otot, sakit sendi, sakit badan, tiada selera makan dan ruam.

  Umumnya, demam yang baru bermula boleh dirawat seperti biasa di mana-mana klinik atau hospital. Namun jika ia berlanjutan atau mempamerkan simptom-simptom di atas, pemeriksaan lanjut disarankan.

   WaLlahhu a'lam.

[12.15 mlm,10 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up