Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 BONUS TABUNG HAJI 6 PERATUS

Semalam, iaitu pada hari Jumaat, Lembaga Tabung Haji Malaysia telah mengumumkan kadar bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011.

  Seperti beberapa isu yang menyerang parti pembangkang dalam akhbar arus perdana dan lelain media mutakhir ini, pemberian bonus lebih tinggi dalam agensi @ badan tertentu yang diterajui kerajaan termasuk Tabung Haji, Saham-saham Amanah ataupun FELDA dilihat sebagai petanda bahawa pilihan raya semakin dekat.

  Dalam pengumuman semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya.

  ”Walaupun Tabung Haji akan membuat pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion daripada keuntungan tahun kewangan 2011, ia dilakukan dengan berhati-hati dengan keadaan persekitaran ekonomi global semasa yang masih mencabar.”

  Di dalam sidang akhbar, beliau juga dilaporkan berkata kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja.

  Bagaimanapun, katanya bonus itu yang merupakan peningkatan 0.5 peratus daripada 2010 adalah lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam.

  Katanya pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

  Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.

  Persoalan di kalangan bakal-bakal haji tahun 2012 pula ialah, apakah kos haji dan pakej haji tahun ini akan dinaikkan lagi seiring dengan penambahan pemberian bonus ini? Justeru setakat ini sudah kedengaran ura-ura pakej haji swasta bakal dinaikkan antara RM2,00 - RM3,000. Jika benar, kos apa yang menyebabkan kenaikan serupoa ini?
 

  WaLlahhu a'lam.

[7.45 pagi, 4 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Rawat Resdung

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up