|
Hari ini adalah hari keputeraan
Nabi Muhammad SallaLlahu'alaihi wa sallam (s.a.w). Di masjid-masjid dan
surau-surau seluruh dunia dipenuhi dengan pelbagai program sempena sambutan
12 Rabi'ul awwal ini. Di dalam program-program itu selalunya sejarah
pengkisahan dan selawat adalah antara intisari penting.
Setiap umat Islam
berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah s.w.t dan RasuluLlah s.a.w.
Salah satu tanda kasih cinta terhadap RasuluLlah itu ialah dengan cara
berselawat ke atas baginda. Dan kelebihan atau keistimewaan selawat
antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Selain itu (malah
paling utama), bukti seseorang itu mencintai Allah dan Rasulnya ialah dengan
mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sempena
Maulidur-Rasul tahun 2012 ini, banyak pula berita cuba memuatkan
perubahan-perubahan individu dalam mengambil jalan hidup yang dianjurkan
oleh RasuluLlah s.a.w. Berita penghijaran artis-artis adalah antara
isu yang dikedepankan oleh beberapa media arus perdana.

Umpamanya Harian Metro memberi fokus
terhadap 4 artis yang telah mengambil jalan kembali kepada Islam. Iaitu
Catriona Bahrin Ross, Zat VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
Dan daripada empat orang itu, (seperti biasa) fokus yang lebih diberikan kepada
perubahan diri wanita (berbanding lelaki) kerana penukaran penampilan amat
berat untuk dilakukan oleh seorang wanita, khususnya dalam isu menutup aurat.
Catriona Ross merupakan calon
pilihan Harian Metro, meskipun beutifulnara.com melaporkan bahawa tidak
kurang daripada 9 artis wanita Malaysia berhijah mengambil jalan Islam
dalam tahun 2011.
Nama Catriona Ross telahpun keluar
di dalam laporan blog artis tersebut apabila beliau membuat keputusan yang
tak dijangka. Antaranya diceritakan bahawa hidayah menyinari sanubarinya
ketika beliau menemani teman-temannya membeli tudung. Katanya:
"Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat,
lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam
saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok
kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan
saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun
depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya
akan memakainya."
Dan Catriona menceritakan reaksi
suaminya apabila mendapat tahu perubahan dirinya:
"Apabila dia pulang ke
rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia nampak sangat
terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa
hanya datang memeluk dan mencium saya."
Memilih untuk berubah dan berubah
secara total itu merupakan suatu yang sukar serta mesti mempunyai komitmen
yang kuat dan bersungguh-sungguh. Apa lagi jika anda ingin memilih jalan
Islam, sememangnya cabaran mengikuti jalan Islam akan penuh liku dan duri.
Begitulah antara kisah yang
disampaikan oleh Catriona seperti yang dikhabarkan di dalam Harian Metro.
"Saya digelar 'ustazah jadian' dan
hipokrit oleh segelintir artis dan peminat, tapi itu semua tidak mematahkan
semangat saya untuk mengekalkan imej dan pegangan diri."
Bagaimana dengan anda atau
kita-kita semua. Sesungguhnya pada diri RasuluLlah itu adalah suatu contoh
tauladan yang paling baik.
Salam maulidur-Rasul buat semua pengunjung drhatta.com dan saudara se
Islam..
WaLlahhu a'lam.
[11.00 pagi,
5 Feb 2012]
- Admin drhatta.com.
|