Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 GENERASI SELEPAS PERANG BAKAL MENDOMINASI WARGA EMAS

Sewaktu saya menghadiri program warga emas negeri Selangor bulan lalu, tidak terfikir sama sekali untuk menulis berkaitan dengan isu ini. Tetapi selepas difikir-fikir, elok juga jika dikongsi beberapa perkara.

  Pertama, warga emas di Malaysia hari ini bakal didominasi oleh generasi mereka yang lahir selepas perang dunia kedua. Jika kita mengira usia seperti yang diklasifikasikan oleh penulis Barat atau Amerika Syarikat, mereka ini tergolong daripada mereka yang lahir di antara tahun 1946 hingga 1966.

  Jika anda lahir pada 1946, usia anda sekarang sudah 66 tahun. Kalau anda lahir pada 1960, usia anda sudahpun mencecah 52 tahun yang mana ertinya ada lapan tahun lagi untuk memasuki golongan pencen dan menjadi warga emas.

  Sementara itu, jika anda lahir agak lewat iaitu sekitar 1966, anda sudahpun berusia 46 tahun dan sudah matang buat merancang masa depan selepas menghabiskan separuh abad buat mencari rezeki, menyumbang bakti dan memberi yang terbaik buat masyarakat, bangsa dan negara.

  Andainya kini sudah enam tahun generasi selepas perang ini memasuki kumpulan warga emas (jika kita ambil ketetapan 60 tahun ke atas sebagai golongan warga emas), maka sudah enam tahun generasi ini mengisi kekosongan ruang itu dan dalam tempoh 14 tahun lagi generasi ini pasti memonopoli kumpulan ini.

  Harus diingat, jika sekarang kumpulan warga emas hanya mewakili 7% daripada populasi penduduk Malaysia, adalah dijangkakan dalam tempoh selepas wawasan 2020, kumpulan warga emas ini akan mewakili 14% daripada penduduk Malaysia. Suatu peratusan yang agak besar

  Pada waktu ini perancangan tidak harus sekadar menumpu kepada persediaan menjaga kumpulan ini. Sebaliknya ialah bagaimana kita memanfaatkan mereka dalam era pembangunan negara yang berterusan.

  Wajar diambil perhatian bahawa mereka ini merupakan kumpulan yang kaya dengan ilmu dan pengalaman. Mereka terdiri daripada orang-orang yang hidup semasa (i) generasi Pok Yeh Yeh, P.Ramlee, S.Jibeng, di mana radio menguasai peminat sementara TV baru diperkenalkan dengan warna hitam putihnya, (ii) tahun 70an, di waktu Bintang RTM dan Bakat TV menjadi tumpuan utama, para remaja sekolah mulai kenal tudung dan kesedaran tentang Islam terserlah (iii) kemudian era teknologi baru di mana komputer mulai diperkenalkan, mesin ATM dalam sistem perbankan dan CD menggantikan piring hitam dan kaset serta VHS.

  (iv) Mereka bukan saja sempat dengan pengenalan internet dan telefon bimbit dalam telekomunkasi, bahkan sekarang sedang menikmati era teknologi informasi dan globalisasi. Mereka, bersama-sama dengan pereka abad ini seperti Steve Jobs dan Bill Gates, sempat merasa dan melayari prasarana, fasiliti dan kecanggihan hasil idea terkini.

  Kami fikir pihak berkuasa harus melayani mereka yang kaya dengan ilmu, kemahiran, pengalaman dan kematangan mereka melalui setiap perubahan hidup ini dengan cara yang agak berbeza.

  Warga emas ini tidak harus semata-mata menjadi penumpang di rumah kenangan atau rumah kebajikan (atau orang yang menyusahkan pergerakan generasi hari ini), bahkan harus diletakkan di dalam kumpulan warga yang benar-benar "emas" sifatnya, menjadi empat rujuk dan "think-tank" buat perancangan masa depan.

   WaLlahhu a'lam.

[8.15 pagi, 7 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up