Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 GENERASI X MALAYSIA

Sebenarnya Malaysia mempunyai senario yang agak berbeza dengan Amerika Syarikat ataupun di Barat yang menyebabkan klasifikasi Teori Generasi (Generational Theory) tidak dapat diaplikasikan dengan tepat di Malaysia.

  Bagaimanapun, jika di Barat generasi Baby Boomers dianggar berlegar sekitar tahun 1946 hingga awal tahun 1960an, di Malaysia jangka waktu itu tidak jauh berbeza. Kesukaran hidup, pembaharuan dan pembangunan selepas tercapainya kemerdekaan mungkin menjadi intipati di dalam beberapa ciri generasi yang mempunyai nilai-nilai dan kebudayaan semasa yang khusus.

  Kita masih boleh mengambil ketetapan waktu seperti di Barat iaitu sekitar pertengahan tahun 1960an untuk memberi imej generasi terakhir selepas perang. Dan jika masa perlu dilewatkan, adalah munasabah bahawa generasi yang mempunyai nilai-nilai lama berterusan sehingga kepada berlaku tragedi 13 Mei 1969.

  Tahun-tahun 1966 hingga 1969 boleh jadi merupakan peringkat transisi di antara generasi selepas perang dengan generasi berikutnya. Tetapi kita tidak dapat membuat pemisahan yang jelas antara generasi di dalam tempoh 40 tahun selepas itu. Ini merupakan kenyataan daripada tulisan Dr Graeme Codrington di dalam artikelnya, Detailed Introduction to Generational Theory in Asia.

  Mengikut Dr. Graeme Codrington, generasi X Barat berkisar antara tahun akhir 1960an hingga akhir tahun 1980an dan kemudian diikuti dengan generasi Y sehingga dekad pertama tahun 2000. Berdasarkan klasifikasi itu, kita boleh menjangkakan di Malaysia bahawa Generasi X sudah bermula pada tahun 1970 (bahkan mungkin lebih awal daripada itu) dan transisi ke arah generasi Y bermula pada awal tahun 1990an.

  Ciri utama generasi X terlihat jelas kepada pertambahan bilangan profesional dan peningkatan staf sokongan dalam jabatan-jabatan kerajaan serta swasta di tahun-tahun 1980an sewaktu dan selepas kemelesetan ekonomi di pertengahan dekad tersebut. Ini adalah peringkat waktu remaja generasi X dan tempoh di mana generasi ini mulai terjun ke dalam lapangan pekerjaan.

  Pada masa ini kebanyakan ibu ayah dalam keluarga (isirumah) bekerja, jumlah perceraian meningkat dan keadaan ekonomi tidak benar-benar kukuh. Wanita yang masuk ke lapangan pekerjaan meningkat dengan drastik, sehingga anak-anak yang lahir pada waktu itu membesar dengan pengasuh atau di rumah asuhan.

  Baik atau tidak, perkembangan ini menyebabkan individu generasi X menjadi seorang yang independen, berkeupayaan dan mampu berdikari. Ini meliputi kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Satu hal mustahak juga ialah mereka ini memberi nilai yang tinggi terhadap kebebasan dan tanggungjawab.

  Generasi ini membesar di masa komputer dan teknologi baru mencecah kehidupan dalam negara merdeka. Mereka dapat belajar dan melakukan adaptasi serta selesa dengan produk-produk terbaru seperti PDA, telefon mudah-alih, e-mel, laptop, blackberry dan sebagainya.

  Bagaimanapun, bersama-sama dengan mereka masih ada sekumpulan kecil yang kurang bernasib baik dan tersisih daripada kehidupan teknologi baru. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cabaran baru, terlibat dalam kancah ekonomi yang kurang sihat, malah dalam penagihan dadah.

  Sebahagian besar daripada golongan kurang bernasib baik ini ialah kaum lelaki yang kurang pelajaran atau tidak sempat mengejar perkembangan ekonomi dan teknologi semasa. Tidak lupa, mereka ini juga merupakan kesinambungan kepada perkembangan gejala tidak sihat generasi yang lahir pada tahun-tahun 1960an yang tercicir dalam pelajaran.

  Ini merupakan pengamatan peribadi penulis dan komentar terhadap tanggapan ini boleh diutarakan untuk perbincangan. Untuk tujuan diskusi, kita boleh rumuskan bahawa generasi ini mempunyai sikap toleran terhadap gaya hidup alternatif, bercita-cita tinggi dan gemar mempelajari kemahiran-kemahiran baru.

  Mungkin hampir sama dengan suasana di Barat, generasi X di Malaysia juga bekerja keras untuk membina kehidupan berbanding hidup untuk bekerja semata-mata. Di samping itu, mereka juga merupakan generasi yang kerap kali boleh menerima senda gurau dan jenaka  (dalam suasana kerja) meskipun mempunyai mentaliti yang suka bekerja kuat.

  Apakah mereka merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang akan membawa perubahan dalam status quo kuasa politik orang Melayu, khususnya UMNO (atau BN)? Ini merupakan suatu isu yang kita nampak tiada kajian khusus maupun kajian rambang pernah dibuat.

  Kita tidak fikir generasi X di Malaysia mempunyai kecenderungan yang sama dalam politik. Banyak pengaruh-pengaruh lain yang menjadi faktor, bukan semata-mata generasi.

   WaLlahhu a'lam.

[12.15 mlm, 8 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up